SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 2 Mei 2014

BIMBANG SELEPAS DIMARAHI MASYARAKAT CINA KERANA MENGANGGAPNYA PENIPU, GUAN ENG MULA BERSUARA KERAS TERHADAP PAS MEMBABITKAN HUDUD???

Kak Yong Shariena's photo.
Kak Yong Shariena's photo.Beberapa hari ini, DAP terutama sekali Anthony Loke dan Lim Guan Eng terpaksa berkuntau melawan serangan daripada orang Cina dan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang mempersalahkan DAP dan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng dan DAP dipersalahkan kerana telah memujuk orang-orang Cina untuk mempercayai PAS namun akhirnya PAS tetap juga berkeras ingin melaksanakan hukuman hudud di negara ini.

Dalam kenyataan terbaru Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP itu menyelar kedegilan PAS yang masih berusaha untuk menjadikan hudud sebagai batu loncatan dalam mendapatkan pengaruh dan undi masyarakat Melayu-Islam. Menurut Guan Eng, UMNO tidak menggunakan hudud tetapi UMNO tetap menang dan menjadi Kerajaan. Sepatutnya PAS bersama-sama DAP berkempen tentang rasuah dan salahguna kuasa serta ketirisan urustadbir kewangan negara, bukannya kekal dengan pendirian mereka mahu membentangkan undang-undang hudud.

Walaupun beberapa pihak dalam PAS yang cukup kuat menyembah DAP dan Anwar Ibrahim, cuba memujuk dengan menyatakan bahawa pergaduhan antara DAP dengan PAS itu hanyalah pergaduhan biasa dan Pakatan Rakyat akan kekal dengan PAS sebagai salah satu daripada komponennya, namun suara-suara menghalau PAS keluar Pakatan dari DAP semakin lantang dan semakin kuat.

Orang Cina selama ini susah hendak mempercayai PAS kerana dikatakan terlalu ekstrim berbanding UMNO namun Guan Eng berjaya memujuk mereka terutama sekali golongan muda untuk menyokong PAS dengan alasan, PAS merupakan parti yang lebih mudah untuk diajak berunding berbanding UMNO. Apatah lagi, PAS tidak pernah menikmati kuasa dan sangat lapar dengan kuasa sehinggakan agama Islam yang dianuti dan diakidahkan pun, boleh dipermain-mainkan sesuka hati demi kuasa yang dicari.

Itu adalah tanggapan Guan Eng. Dan sama seperti pembohongan-pembohongannya yang lain, yang bijak disembunyikan menerusi tingkah laku serta cakap berbalik-balik serta menuding kesalahan sendiri kepada pihak lain, masyarakat Cina terutama sekali masyarakat mudanya amat mudah terpengaruh. PAS sendiri turut terkeliru dengan permainan Guan Eng sehinggakan berkesanggupan untuk menukar dasar mereka dari Negara Islam menjadi Negara Kebajikan. Bahkan sanggup pula meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS di beberapa kerusi Parlimen.

Semuanya hendak ditunjukkan betapa PAS sudah berubah. Sebaliknya UMNO pula yang dikatakan ekstrim terutama dalam beberapa isu membabitkan umat Islam seperti Bible berbahasa Melayu, Kalimah ALLAH, orang bukan Islam masuk masjid atau surau dan sebagainya.

Dengan MCA sendiri sudah mengikut arus dan kehendak masyarakat Cina terutama sekali dalam bab menentang hudud walaupun sebelum ini, DAP mengatakan MCA terlalu takut dengan UMNO, DAP dan Lim Guan Eng dilihat ketinggalan sehingga terpaksa menyertai perlumbaan untuk meraih sokongan serta perhatian daripada masyarakat Cina.

Justeru tidak hairanlah mengapa Guan Eng yang sedang terdesak mula mengeluarkan kata-kata keras terhadap PAS yang telah mengangkatnya sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum ini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan