SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 16 Mei 2014

APA SUDAH JADI SEKARANG BUKU GAY UNTUK KANAK-KANAK DITERBITKAN DI BANGSAR!!! KDN MOHON BERTINDAK???

Kak Yong Shariena's photo.
Kak Yong Shariena's photo.
 
Bangsar ada macam-macam...Bangsar juga jadi pusat gay dan lesbian....!!!

Bangsar dahulunya perkampungan Melayu, sekarang ini dah jadi perkampungan mewah pelbagai kaum termasuklah kumpulan penyokong LGBT. Melayu Bangsar sekarang, ramainya tinggal di rumah-rumah pangsa yang sempit dan bersesak-sesak. Orang bukan Melayu pula tinggal di rumah-rumah besar, yang boleh sesat di dalam rumah kalau terlalai dan lupa jalan keluar.

Di Bangsar juga, ada Hishamuddin Rais. Ada kumpulan-kumpulan ANARKI bila menulis, sangat suka dengan perkataan 'MENGHASUT'. Di Bangsar juga ada pelbagai jenis kumpulan LGBT yang berselindung di sebalik pelbagai nama dan kesemua mereka menentang kerajaan kerana tidak membenarkan LGBT diamalkan secara HALAL.

Dan di Bangsar juga ada LONG ITS @ BANGSAR COMMUNITY HALL, JALAN MEDANG TANDUK.

Apa istimewanya LONG ITS @ BANGSAR COMMUNITY HALL, JALAN MEDANG TANDUK?

Di situlah terdapat sebuah syarikat penerbitan yang menerbitkan pelbagai jenis bahan bacaan untuk menggalakkan budaya LGBT di kalangan generasi muda.

Buku-buku yang terdapat dalam gambar-gambar di atas merupakan antara terbitan syarikat penerbitan tersebut. Malah buku-buku ini juga dijual sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC baru-baru ini.

Mana Kementerian Dalam Negeri khususnya Unit Penguatkuasaan Penerbitan? Tak salah ke puak LGBT atau GAY mengeluarkan penerbitan seperti ini?
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan