SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 18 Mei 2014

Ambil Kau PAS AMBIGA Bersuara....Ambiga Persoal Kedegilan PAS Mahu Laksanakan Hudud???

Photo: Ambil Kau PAS AMBIGA Bersuara....Ambiga Persoal Kedegilan PAS Mahu Laksanakan Hudud???Aktivis Hak Asasi Manusia Datuk Ambiga Sreenevasan mempersoalkan kedegilan parti PAS berhubung cadangan perlaksanaan hukum Hudud dalam negara.

Ambiga yang juga Pengerusi bersama Bersih kelihatan kecewa apabila semangat kerjasama dengan PAS ketika demonstrasi jalanraya tidak membawa kepada persefahaman berhubung isu Hudud.

"Kami bersama-sama dalam Bersih, ditangkap bersama, Unit Amal PAS sentiasa membantu kami dan ramai orang bagus dalam PAS. Tetapi ini soalan saya kepada PAS, kenapa kamu mencadangkan Hudud?" katanya ketika menjadi panelis dalam Forum : 'Hudud - A Nation at Crossroads' di Wisma MCA hari ini.

Hadir sama selaku panelis, bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya Azahar Harun, Pengerusi Undang-Undang Islam dan Pelaksanaan Pasukan Petugas MCA Gan Ping Sieu, bekas Presiden Buddha Missionary Society (BMSM) Datuk Ang Choo Hong, Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Reverend Hermen Shastri, bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dr Oh Ei Sun.

Forum ini dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategik & Penyelidikan MCA Wilayah Persekutuan Datuk Benson Foo yang bertindak sebagai moderator.
 
Aktivis Hak Asasi Manusia Datuk Ambiga Sreenevasan mempersoalkan kedegilan parti PAS berhubung cadangan perlaksanaan hukum Hudud dalam negara.

Ambiga yang juga Pengerusi bersama Bersih kelihatan kecewa apabila semangat kerjasama dengan PAS ketika demonstrasi jalanraya tidak membawa kepada persefahaman berhubung isu Hudud.

"Kami bersama-sama dalam Bersih, ditangkap bersama, Unit Amal PAS sentiasa membantu kami dan ramai orang bagus dalam PAS. Tetapi ini soalan saya kepada PAS, kenapa kamu mencadangkan Hudud?" katanya ketika menjadi panelis dalam Forum : 'Hudud - A Nation at Crossroads' di Wisma MCA hari ini.

Hadir sama selaku panelis, bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya Azahar Harun, Pengerusi Undang-Undang Islam dan Pelaksanaan Pasukan Petugas MCA Gan Ping Sieu, bekas Presiden Buddha Missionary Society (BMSM) Datuk Ang Choo Hong, Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Reverend Hermen Shastri, bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dr Oh Ei Sun.

Forum ini dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategik & Penyelidikan MCA Wilayah Persekutuan Datuk Benson Foo yang bertindak sebagai moderator.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan