SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 10 Mei 2014

Air Dari Lombong Mengandungi Bahan Berbahaya - MMA...Inilah padahnya KErajaan Selangor...Panik???

Photo: Air Dari Lombong Mengandungi Bahan Berbahaya - MMA...Inilah padahnya KErajaan Selangor...Panic???Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan Selangor supaya segera menghentikan penyaluran air dari kolam lombong ke sungai-sungai sebelum ia berakhir di rumah-rumah kerana ini akan menyebabkan krisis kesihatan.

Presiden MMA Datuk Dr N.K.S Tharmaseelan berkata air dari kolam lombong mengandungi bahan berbahaya yang kebanyakannya berasaskan logam seperti besi, plumbum, nikel dan mangan.

Berdasarkan laporan penyiasatan News Strait Times yang mendapati paras besi dalam kolam lombong adalah 554 peratus melebih paras normal, plumbum (460 peratus), nikel (240 peratus) dan mangan (135 peratus), beliau berkata penemuan itu menimbulkan kebimbangan.

Menurutnya paras sedemikian boleh menyebabkan kerosakan kesihatan kekal selepas beberapa hari meminum air berbahaya itu terutamanya oleh kanak-kanak.

Pada paras bertoksik itu, logam-logam berkenaan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada sistem-sistem otak, saraf pusat, kardiovaskular dan pencernaan.
"Kesemuanya adalah karsinogen. Tidak ada rawatan berikutnya yang boleh menyembuhkan penyakit yang berpunca daripada logam-logam ini pada peringkat ini.

"Adalah lebih baik berdepan catuan air daripada diracuni oleh air. Kerajaan harus membatalkan rancangan yang 'bijak dan inovatif' ini kerana ia boleh membawa membahayakan kesihatan mereka yang mengguna air dari kolam lombong bertoksin," kata beliau.

Dr Tharmaseelan berkata MMA terkejut kerana Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, dipetik sebagai berkata bahawa air yang disalurkan dari kolam lombong untuk bekalan air ke rumah-rumah telah diuji untuk oksigen dan pH.

"Sesiapa pun boleh beritahu anda bahawa air dari kolam lombong mengandungi bahan berasaskan logam yang berbahaya. Apa yang menarik, hasil ujian berkenaan tidak boleh didedahkan untuk mengelak rakyat daripada keliru.

"Sepatutnya, mereka mendidik orang ranai selain membentangkan fakta dalam cara yang mudah difahami," katanya.

Dr Tharmaseelan berkata: "Dengan kandungan air itu pasti menjejaskan kesihatan, rakyat perlulah tahu. Jaminan yang diberikan kerana mahu mengelak daripada kritikan berikutan krisis air yang berterusan, adalah perbuatan yang langsung tidak boleh diterima."

Menurutnya MMA mengakui bahawa berlakunya masalah air di Selangor dan kerajaan negeri sedang mencari jalan untuk mengatasinya.

"...tetapi langkah jangka pendek dengan menyalurkan air dari kolam lombong ke sungai-sungai dan akhirnya ke rumah-rumah bukanlah jawapannya kerana ia sememangnya boleh menyebabkan krisis kesihatan.

"Ia umpama bom jangka. Justeru itu, MMA menggesa kerajaan negeri untuk menghentikan bekalan air ini ke rumah-rumah," kata beliau
 
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan Selangor supaya segera menghentikan penyaluran air dari kolam lombong ke sungai-sungai sebelum ia berakhir di rumah-rumah kerana ini akan menyebabkan krisis kesihatan.

Presiden MMA Datuk Dr N.K.S Tharmaseelan berkata air dari kolam lombong mengandungi bahan berbahaya yang kebanyakannya berasaskan logam seperti besi, plumbum, nikel dan mangan.

Berdasarkan laporan penyiasatan News Strait Times yang mendapati paras besi dalam kolam lombong adalah 554 peratus melebih paras normal, plumbum (460 peratus), nikel (240 peratus) dan mangan (135 peratus), beliau berkata penemuan itu menimbulkan kebimbangan.

Menurutnya paras sedemikian boleh menyebabkan kerosakan kesihatan kekal selepas beberapa hari meminum air berbahaya itu terutamanya oleh kanak-kanak.

Pada paras bertoksik itu, logam-logam berkenaan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada sistem-sistem otak, saraf pusat, kardiovaskular dan pencernaan.
"Kesemuanya adalah karsinogen. Tidak ada rawatan berikutnya yang boleh menyembuhkan penyakit yang berpunca daripada logam-logam ini pada peringkat ini.

"Adalah lebih baik berdepan catuan air daripada diracuni oleh air. Kerajaan harus membatalkan rancangan yang 'bijak dan inovatif' ini kerana ia boleh membawa membahayakan kesihatan mereka yang mengguna air dari kolam lombong bertoksin," kata beliau.

Dr Tharmaseelan berkata MMA terkejut kerana Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, dipetik sebagai berkata bahawa air yang disalurkan dari kolam lombong untuk bekalan air ke rumah-rumah telah diuji untuk oksigen dan pH.

"Sesiapa pun boleh beritahu anda bahawa air dari kolam lombong mengandungi bahan berasaskan logam yang berbahaya. Apa yang menarik, hasil ujian berkenaan tidak boleh didedahkan untuk mengelak rakyat daripada keliru.

"Sepatutnya, mereka mendidik orang ranai selain membentangkan fakta dalam cara yang mudah difahami," katanya.

Dr Tharmaseelan berkata: "Dengan kandungan air itu pasti menjejaskan kesihatan, rakyat perlulah tahu. Jaminan yang diberikan kerana mahu mengelak daripada kritikan berikutan krisis air yang berterusan, adalah perbuatan yang langsung tidak boleh diterima."

Menurutnya MMA mengakui bahawa berlakunya masalah air di Selangor dan kerajaan negeri sedang mencari jalan untuk mengatasinya.

"...tetapi langkah jangka pendek dengan menyalurkan air dari kolam lombong ke sungai-sungai dan akhirnya ke rumah-rumah bukanlah jawapannya kerana ia sememangnya boleh menyebabkan krisis kesihatan.

"Ia umpama bom jangka. Justeru itu, MMA menggesa kerajaan negeri untuk menghentikan bekalan air ini ke rumah-rumah," kata beliau.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan