SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 6 April 2014

Menjawab tuduhan Anwar: Negara bukan dalam ‘war zone’????

Antara paling terkesan dengan insiden kehilangan MH370 adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sepatutnya berita hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantunya Mohd Shaiful Bukhari Azlan jadi tajuk utama media kerana Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman itu beberapa jam sebelum pesawat itu dilaporkan hilang.
Jika tidakpun, media tentu akan melaporkan rali Reformasi 2.0, siri penjelajahan pakatan rakyat kononnya mahu menuntut keadilan terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana hukuman tersebut.
Sama ada kebetulan atau tidak, kesan daripada tragedi MH370, kisah hukuman terhadap Anwar jadi berita biasa manakala Reformasi 2.0 terus sepi.
Berbalik isu MH370, pemimpin pembangkang ada berlainan nada di Parlimen setiap kali mereka berpeluang membuka mulut.
Ketika pemimpin PKR dan DAP berterusan menunding jari kepada kerajaan, ada ahli parlimen PAS lebih rasional berdepan tragedi MH370 seperti wakil rakyat Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad.
Begitu juga dengan ahli parlimen pasir MAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan ahli parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan.
Mereka antara pemimpin PAS yang lebih matang menyuarakan pandangan terhadap isu MH370 bukannya seperti ahli parlimen PKR dan DAP yang mengambil peluang atas kesulitan dan keperitan banyak pihak ekoran tragedi ini bagi meraih laba politik.
Kit Siang misalnya, terus mendesak kerajaan menubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSA) untuk membincangkan mengenai insiden tersebut sedangkan tanpa kota hitam pesawat MH370, segala misteri berkaitan pesawat itu mustahil dibincangkan.
Beliau patut bersabar kerana kerajaan sendiri sudah bersedia menubuhkan PSA atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selepas kotak hitam berkenaan ditemui.
Terbaru, Anwar pula menuduh kerajaan Malaysia tidak mendedahkan semua maklumat kepada umum berhubung kehilangan pesawat MH370.
Beliau berkata, tidak mungkin radar canggih yang dimiliki Malaysia tidak boleh mengesan pesawat tersebut yang menukar arahnya kembali ke semenanjung Malaysia dalam kejadian pada 8 Mac itu.
Dalam temubual dengan media British, The Telegraph, Anwar berkata beliau tergamam mengapa radar canggih Marconi itu gagal mengesan dengan segera pesawat yang menukar arah itu.
Anwar berkata, radar itu disifatkan sebagai ‘salah satu daripada radar paling canggih’ di dunia yang berpusat di Laut China Selatan untuk mengawasi seluruh daratan Malaysia dan pantai timur dan baratnya, malah, beliau sendiri memberikan kebenaran pemasangannya semasa menjadi menteri kewangan pada 1994.
Katanya, ia bukan sekadar ‘tidak boleh diterima tetapi tidak mungkin dan tidak wajar’ pesawat itu tidak boleh dilihat oleh sistem radar itu sebaik sahaja ia bertukar arah.
Anwar berkata, radar itu akan sepantas kilat mengesan Boeing 777 kerana ia terbang dari timur ke barat melalui sekurang-kurangnya empat negeri di Malaysia.
Beliau berkata, adalah ‘mencurigakan’ apabila tentera udara negara ini terus diam, kerana ‘ia hanya perlukan tiga minit di bawah prosedur standard operasi untuk pesawat tentera udara bertindak, tetapi tidak ada tindak balas.’
“Saya yakin kerajaan lebih tahu daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara atau Malaysia Airlines. Mereka yang berhak tahu kepada semua maklumat penting ini untuk kita memahami kehilangan MH370,” kata Anwar dipetik daripada Telegraph.
Maklumat Anwar mengenai radar itu mungkin benar namun beliau tidak boleh menuduh membabi buta mendakwa kerajaan menyembunyikan maklumat tragedi MH370.
Selain radar Malaysia, negara-negara lain seperti China, Vietnam, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, India dan beberapa negara lain turut mempunyai radar atau satelit termasuk yang canggih-canggih.
Namun, sehingga kini tidak ada satu negara pun memberikan jawapan pasti bagi merungkai kehilangan misteri mh370.
Dengan 26 negara dan pelbagai peralatan canggih, bukan sahaja serpihan, bangkai atau pesawat yangbhilang sejak 8 Mac masih belum ditemui.
Anwar membangkitkan soal radar TUDM yang mengesan pesawat itu berpatah balik tetapi gagal bertindak atau tiada tindak balas.
Insiden pesawat berpatah balik bukan sesuatu pelik dalam industri penerbangan.
Lagipun, negara bukan berada dalam ‘war zone’ sehingga memaksa semua radar bersiap siaga dengan pesawat pejuang TUDM akan memintas atau bertindak balas terhadap mana-mana pesawat yang kelihatan dalam radar.
Mustahil juga bagi TUDM mengambil tindakan terhadap pesawat komersil apatah pesawat negara sendiri yang berpatah balik berkemungkinan sedang berdepan sesuatu masalah.
Perlu diketahui, ada juga sesetengah negara tidak mengaktifkan radar dan satelit masing-masing pada masa-masa tertentu kerana soal kos selain bukan dalam risiko ‘zon perang’.
Justeru itu, kecaman dan tuduhan Anwar ini mungkin sebenarnya lebih kepada rasa kecewa beliau kerana dirinya ‘terpadam’ dalam arus publisiti dunia.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin dunia kini menunjukkan simpati dan menghulur tangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam berdepan tragedi MH370 termasuk mereka yang rapat dengan Anwar sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan