SUSPEK ..... baru berusia 18 tahun tergamak tikam ibu
sendiri....Gara-gara tidak menunaikan permintaannya untuk membeli sebuah
telefon pintar, seorang anak sanggup menikam dan mengelar leher ibunya
sendiri hingga mati.
Mayat ibu malang itu, Mariefe Wong, 42, yang
merupakan warganegara Filipina ditemui dalam keadaan berlumuran darah
di dalam keretanya oleh beberapa pelajar di hadapan Kompleks Tenis,
Jalan Sukan di sini, kira-kira 2.30 petang ini.
Ketua Polis
Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa dipercayai
dikelar dan ditikam selepas bertengkar dengan suspek di dalam kereta
tersebut.
Beliau berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di dalam kereta jenis Atos itu.
“Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. Namun kita tidak
menolak kemungkinan suspek berang selepas ibunya enggan memenuhi
permintaan untuk memiliki telefon pintar," katanya
Mariefe Wong ditemui mati dalam keretanya dengan berlumuran darah.
Tian Kee menambah, kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh sejam
apabila tertangkapnya anak mangsa (18 tahun) yang turut berada di lokasi
kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Sementara itu, seorang saksi kejadian, Ericson Maheah, 17, memberitahu,
dia melihat kereta mangsa yang diletakkan di hadapan tempat latihannya
sejak pukul 8 pagi.
Ujarnya, ketika itu dia tidak mempedulikan
mangsa yang dilihat sedang tidur kerana pada hujung minggu Kompleks
Tenis sering dikunjungi orang ramai.
“Selepas tamat latihan
tenis, saya dapati mangsa masih di dalam kereta dalam keadaan sama.
Kerana curiga saya terus menghampirinya dan terkejut melihat mangsa
berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ericson berkata, dia terus memberitahu rakan yang lain sebelum menghubungi polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan