Pelaku kes buang Al-Quran dalam tandas Masjid
Limbongan, Besut telah dikenalpasti dengan tertangkapnya seorang lelaki
di Kampung Pengkalan Teras, Keluang malam tadi. Lebih mengejutkan, lelaki berusia 28 tahun itu juga mengaku pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.
Namun begitu, dari maklumat terkini yang diterima, seorang pemuda
mengaku sebagai sepupu suspek telah mengeluarkan kenyataan di FB beliau
dan telah membuat pengesahan bahawa suspek seorang pesakit mental.
Dalam kejadian semalam, suspek pulang ke rumah dengan kaki yang
berdarah dan memberitahu keluarganya dia kemalangan. Suspek telah dibawa
ke hospital untuk rawatan dan pihak hospital memaklumkan kecederaan itu
akibat terkena serpihan kaca.
Setelah didesak, suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan kini berada dalam tahanan polis.
Sepupu suspek juga meminta supaya orang ramai tidak lagi menjadikan
suspek sebagai sasaran maki hamun. Beliau juga mengharapkan doa orang
ramai supaya sepupunya itu kembali normal seperti sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan