SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 6 Mac 2014

Anwar "tidak setuju" ahli PKR saman terhadap Hadi....Selepas Kena Saman Barulah Bersuara...Wayang Kuat ANWAR Ni????


Photo: Anwar "tidak setuju" ahli PKR saman terhadap Hadi....Selepas Kena Saman Barulah Bersuara...Wayang Kuat ANWAR Ni????Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil bekas ahli parti itu, Mohd Shamsul Mat Amin untuk meneruskan saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jadi saya sekali lagi nak ulang kenyataan bahawa kita tidak setuju tindakan ini, kita telah menasihatkan dan mudah-mudahkan kita dah beri ruang supaya dapat dikendurkan dan fikir tentang strategi bersama," katanya selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail sebelum ini dipetik berkata Anwar akan mengumumkan kata sepakat yang dicapai oleh PKR negeri berhubung isu saman itu. 

Azan berkata, pihaknya telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat.

Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pada PRU 13 dan ahli perniagaan.

Admin: Bukan ANWAR tidak tahu dalam kes ini awal awal lagi....sebelum terjadi saman menyaman ANWAR patut menasihat ahlinya bertindak membatalkan dalam kes atau isu ini...bukannya selepas kena saman barulah bersuara...pada rakyat semata mata kerana untuk memperolehi undi.Inilah Hipokrit namanya.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil bekas ahli parti itu, Mohd Shamsul Mat Amin untuk meneruskan saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jadi saya sekali lagi nak ulang kenyataan bahawa kita tidak setuju tindakan ini, kita telah menasihatkan dan mudah-mudahkan kita dah beri ruang supaya dapat dikendurkan dan fikir tentang strategi bersama," katanya selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail sebelum ini dipetik berkata Anwar akan mengumumkan kata sepakat yang dicapai oleh PKR negeri berhubung isu saman itu.

Azan berkata, pihaknya telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat.

Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pada PRU 13 dan ahli perniagaan.

Admin: Bukan ANWAR tidak tahu dalam kes ini awal awal lagi....sebelum terjadi saman menyaman ANWAR patut menasihat ahlinya bertindak membatalkan dalam kes atau isu ini...bukannya selepas kena saman barulah bersuara...pada rakyat semata mata kerana untuk memperolehi undi.Inilah Hipokrit namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan