SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 1 Mac 2014

ANWAR SEMAKIN TENSION BILA KHALID IBRAHIM TANDA TANGAN M0U????

Photo: ANWAR SEMAKIN TENSION BILA KHALID IBRAHIM TANDA TANGAN M0U????Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, berkata perkara itu terkandung di dalam MoU itu dan ia merupakan obligasi kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun.

Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap.

"Rakyat akan rasa lega kerana projek ini akan berjalan tanpa terganggu dan kita harap projek ini dapat siap mengikut jadual agar sumber air dari Pahang akan mengalir ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Kwan Tung, Sungai Chua di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Anwar boleh menghentikan projek Langat 2 sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini dan menjadi Menteri Besar Selangor.
Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, berkata perkara itu terkandung di dalam MoU itu dan ia merupakan obligasi kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun.

Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap.

"Rakyat akan rasa lega kerana projek ini akan berjalan tanpa terganggu dan kita harap projek ini dapat siap mengikut jadual agar sumber air dari Pahang akan mengalir ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Kwan Tung, Sungai Chua di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Anwar boleh menghentikan projek Langat 2 sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini dan menjadi Menteri Besar Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan