SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 3 Mac 2014

Anwar dakwa MoU air ada kaitan dengan PRK Kajang...Alahaiii...Bang Non????

Photo: Anwar dakwa MoU air ada kaitan dengan PRK Kajang...Alahaiii...Bang Non????SEREMBAN: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan semula air yang ditandatangani antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Ujarnya lagi, walaupun tidak 'semua' perkara perlu dimaklumkan kepada pimpinan parti, namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memberitahunya serba sedikit tentang apa-apa keputusan yang bakal diambil kerajaan negeri.

"Perjanjian terperinci tak perlu diberitahu semua, walaupun saya perlu dimaklumkan sedikit. Tetapi beberapa prinsip dasar memang diketahui, isu-isu yang dibahaskan.

"Bagaimana jaminan harga air untuk rakyat? Bagaimana penguasaan aset? Bagaimana kedudukan Langat 2?

"Itu semua dibincangkan, nak kata tak dimaklumkan sama sekali tak betul. Tetapi urusan MoU yang dibuat agak mengejut sedikit, notis yang diberi sangat suntuk. Saya rasa ini (alasan) kerana PRK Kajang.

"Belum pernah berlaku di dalam sejarah dunia, walaupun rundingan berlaku awal. Tetapi notis satu hari sahaja. Dalam masa itu anda boleh faham mengapa... dalam keadaan saya sibuk tak dapat.

"Melainkan Khalid memaklumkan nak pergi. (Tapi) Saya ingat ia tak boleh dijadikan isu antara saya dengan dia. Cuma kena diberitahu tentang progres," katanya ketika ditemui di sidang media selepas Program Dialog Anak Muda di sini petang tadi.

Khalid sebelum ini dilaporkan beberapa pemimpin tertinggi PKR yang mendakwa mereka tidak diberitahu tentang perjanjian tersebut termasuk Anwar sendiri.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor menolak projek Langat 2 dengan alasan bekalan air adalah mencukupi untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2019, selain proses rundingan penstrukturan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan belum selesai.

Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada minggu lalu memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air negeri itu yang sudah berlarutan sejak 2008.

MoU itu juga memberi laluan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Diminta mengulas lanjut jalinan kerjasama dua kerajaan tersebut dan pemahamannya berhubung perincian perjanjian itu, demikian jawapan Anwar:

"Saya sokong apa sahaja bentuk kerjasama untuk selesaikan masalah air yang menjadi masalah besar kepada rakyat yang berlarautan beberapa tahun. Malah saya pernah memanggil Tan Sri Rozali, Setiausaha Kerajaan Negeri dan MB pada dua tahun lalu untuk membincangkan secara teliti.

"Tetapi apabila ditanya spesifik mengenai MoU ini, sementara saya mendokong dasar, saya belum teliti MoU itu walaupun sebentar tadi Khalid ada menghantar pegawainya untuk memberi taklimat ringkas, tapi saya belum dapat ulas lanjut," jelasnya lagi.

Khalid hari ini mengumumkan penduduk Selangor bakal memperolehi air percuma dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, hasil daripada perjanjian berkenaan.

Beliau juga meuar-uarkan rakyat Selangor akan menerima aset air berbentuk saham.

Sementara itu, Anwar yang juga calon PRK DUN Kajang 23 Mac depan mempersoalkan tindakan sekutu politik Pakatan Rakyat yang menjadikan persaingan pimpinan PKR menjelang pemilihan parti kelak sebagai satu isu yang besar.

Walaupun menerima tindakan Khalid mencalonkan dirinya bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR, Anwar bagaimanapun memberi 'nasihat' agar persaingan dengan Azmin itu berlaku dengan harmoni.

"Bila datang ke PKR, nampak parah, macam salah ada pertandingan. Dari situ masalah. Kita kena konsisten apakah kerana ada teguran di dalam PKR kena elak ada pertandingan? Tak boleh. Saya tak berani beri gambaran begitu.

"Bagi jawatan Presiden juga walaupun tiada pengumuman, tak boleh beri gambaran tak boleh ada pertandingan. Kita konsisten bahawa persaingan itu dalam kerangka persahabatan, agenda itu harus ke arah menyokong (semangat) reformasi dan menghalang apa-apa kecaman sengit antara satu sama lain," katanya.

Beliau selain itu mengambil contoh persaingan antara ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Yunus bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

"Setakat ini ketiga-tiga memberi kenyataan dan agenda masing-masing tetapi mereka mengelakkan daripada menyerang satu sama lain. Ini satu contoh yang baik di dalam jawatan ketua AMK," katanya.

Dua hari lalu Khalid mengesahkan akan bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu April ini yang kini disandang oleh Azmin Ali.
SEREMBAN: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan semula air yang ditandatangani antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan