MasyaAllah! Semakin
menjadi-jadi perbuatan laknat yang dilakukan oleh manusia: Penduduk
telah telah digemparkan dengan insiden kerosakan yang berlaku di Masjid
Limbongan, Kota Putera yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sejumlah naskah suci kitab Al-Quran telah dikoyakkan dan dibuang ke dalam mangkuk tandas dan diselerakkan di dalam masjid.
Kejadian disedari penduduk ketika persiapan hendak menunaikan solat Subuh dan dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi tadi. Terdapat juga beberapa kesan tompokan darah di dalam kawasan masjid. Darah dipercayai dari kaki si pelaku yang dikatakan menendang pintu masjid untuk dipecahkan.
Imam masjid berkenaan berasa amat kecewa dan sedih serta menanggap perlakuan sedemikian amat serius.
Adun Kota Putera YB Tuan Mahdi bin Musa telah membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Laporan lanjut menyusul

Tiada ulasan:
Catat Ulasan