SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 14 Februari 2014

Raja Petra Bongkar PKNS belanjakan RM40 juta biaya PKNS FC?????

Photo: Raja Petra Bongkar PKNS belanjakan RM40 juta biaya PKNS FC?????Penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membelanjakan sebanyak RM40 juta bagi pasukan bola sepak Football Club PKNS (PKNS FC) itu sejak 2008.

Raja Petra berkata demikian sehari selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan kewangan di PKNS.

Raja Petra mendakwa peruntukan itu dibelanjakan oleh badan kerajaan negeri untuk membiayai PKNS FC sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri.

Beliau menambah bahawa sebelum tahun 2008, kos membiayai kelab bola sepak itu adalah kurang daripada RM2.5 juta setahun.

"Kemudian ia mula meningkat, dan dalam tempoh tiga tahun yang lalu ia telah meningkat kepada setinggi RM10 juta setahun hari ini," katanya yang dipetik laman blognya Malaysia-Today.

Raja Petra turut mendedahkan bahawa wang untuk membiayai PKNS FC itu datang daripada dua anak syarikat iaitu SIC dan Selaman.

"Masalah yang PKNS kini hadapi adalah bahawa akaun tersebut dalam keadaan kucar-kacir dan tiada siapa boleh memikirkan bagaimana wang telah dibelanjakan atau apa yang telah berlaku kepadanya.

"Kebanyakan perbelanjaan yang tidak disokong dengan bukti dokumentasi," katanya.

Dakwaan tersebut muncul sehari selepas Khalid dimaklumkan media bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini sedang menyiasat dakwaan bahawa dana untuk PKNS FC telah disalahgunakanPenulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membelanjakan sebanyak RM40 juta bagi pasukan bola sepak Football Club PKNS (PKNS FC) itu sejak 2008.

Raja Petra berkata demikian sehari selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan kewangan di PKNS.

Raja Petra mendakwa peruntukan itu dibelanjakan oleh badan kerajaan negeri untuk membiayai PKNS FC sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri.

Beliau menambah bahawa sebelum tahun 2008, kos membiayai kelab bola sepak itu adalah kurang daripada RM2.5 juta setahun.

"Kemudian ia mula meningkat, dan dalam tempoh tiga tahun yang lalu ia telah meningkat kepada setinggi RM10 juta setahun hari ini," katanya yang dipetik laman blognya Malaysia-Today.

Raja Petra turut mendedahkan bahawa wang untuk membiayai PKNS FC itu datang daripada dua anak syarikat iaitu SIC dan Selaman.

"Masalah yang PKNS kini hadapi adalah bahawa akaun tersebut dalam keadaan kucar-kacir dan tiada siapa boleh memikirkan bagaimana wang telah dibelanjakan atau apa yang telah berlaku kepadanya.

"Kebanyakan perbelanjaan yang tidak disokong dengan bukti dokumentasi," katanya.

Dakwaan tersebut muncul sehari selepas Khalid dimaklumkan media bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini sedang menyiasat dakwaan bahawa dana untuk PKNS FC telah disalahgunakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan