Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed
Azmin Ali menyalahkan pihak akhbar kerana didakwa telah memutar belit
tindakan Datuk Seri Anwar yang akan bertanding di Dewan Undagan Negeri (DUN) Kajang.
Mohamed Azmin selain itu turut menafikan bahawa beliau telah menyatakan
orang ramai harus berterima kasih kepada Anwar kerana sanggup 'turun
pangkat' untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN.
"Saya tidak menyebut dalam konteks itu. Fakta sebenar telah diputar
belit oleh pihak media," katanya ketika hadir pada rumah terbuka Tahun
Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini pada Jumaat.
“Saya hanya ingin menjelaskan tentang kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar seorang yang gila kuasa.
"Apa yang saya nak katakan adalah Anwar tidak gilakan kuasa. Beliau
seorang negarawan yang telah dijemput oleh banyak negara dunia. Oleh itu
tidak menjadi isu gila kuasa apabila Anwar bertanding di DUN Kajang.
"Anwar bersedia menjadi sebahagian daripada rakyat, termasuk orang
Kajang. Tindakannya hanya untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat di
Selangor," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan