GEMPAR!! DEWAN ULAMA PAS PAHANG AJAK ANWAR BERTUMBUK ???Bersabarlah duhai sahabat-sahabatku Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor…
“Di saat getir, di saat kritikal, di kala sengsara, kalian dikerah
membantu, Unit Amal kalian dikerah mengawal keselamatan pimpinan
termasuk PKR dan DAP…
“Di saat pimpinan dah balik tidur, kalian bersengkang mata mengawal segala…
Di saat PR Selangor berjaya! Kalian masih menjaga keselamatan di pusat kiraan undi…
Kalian ada di mana-mana… di demonstrasi? Unit Amal Pemuda PAS tak perlu dicerita!
Kalian berada di lokasi ceramah tak kira siapa penceramahnya!
Bukan hanya hadir buat-buat sibuk bila De Facto Leader yang tiba!
“Tapi apabila Pemuda PAS Selangor hanya memohon satu penjelasan…
“Satu pertanyaan ikhlas..
“Mengapa diletakkan jawatan sewenang-wenang?”
“Terussss!! kalian dihina oleh mereka yang dulu mengaku kawan!
Hilang terus segala jasa Dewan…
Hatta yang tak duduk di Selangor pun turut tumpang secawan?
Macam usaha menang Selangor dulu depa kerja perseorangan?
“Tabahlah duhai sahabat2 Dewan Pemuda PAS Selangor kecintaanku..
Bukan redha manusia yg kita cari…
Apatah lagi redho De Facto Leader yg kita tak impi..
“Hanyalah redha Ilahi…
“Takbir!! – albaluni,
luahnya dalam laman sosial Ustaz Mokhtar Dewan Ulama PAS Pahang.
Pas jangan jadi Lebai Malang?Anwar Ibrahim dan PKR ternyata berjaya mencetuskan tembok perbezaan dalam kalangan pemimpin Pas.
Tidak mengambil kira contoh-contoh terdahulu yang banyak, kontroversi
peletakan jawatan Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh yang baharu beberapa
hari ini sahaja sudah cukup untuk membahagikan Pas kepada dua blok.
Blok yang berasa parti itu dikhianati oleh Anwar dan PKR diketuai Ketua
Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga
Ahli Parlimen Kuala Nerus; Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Ketua
Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany
Hamzan.
Bagi kumpulan ini, tindakan PKR yang dimulakan dengan
peletakan jawatan tanpa sebab yang wajar oleh Chin Cheh dan disusuli
pula dengan sidang media mengumumkan Anwar akan bertanding pada PRK
kerusi Dun berkenaan tidak seharusnya berlaku.
Ia bukan sahaja
berkait dengan tindakan mengetepikan Pas yang tidak diajak berbincang
sebelum keputusan mengenai perkara itu dibuat.
Malahan ini
dianggap penghinaan terhadap Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang bersetuju Khalid dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor selepas
PRU13.
Khairuddin menuntut kerusi MB dikembalikan kepada Pas yang lebih berhak.
Selain itu, perbuatan mengosongkan kerusi tanpa sebab yang munasabah
sekali gus memerlukan suatu pilihan raya kecil diadakan dengan kos
jutaan ringgit jelas adalah pembaziran wang rakyat, apa yang sering
dijadikan modal oleh PR untuk menyerang Kerajaan BN.
Semua itu
dilakukan dengan hanya satu kepentingan iaitu untuk mendudukkan Anwar di
kerusi Menteri Besar Selangor selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
dirasmikan sebagai korban politik.
Ya, Anwar malah Khalid sendiri menafikan.
Tetapi apa lagi yang boleh diharapkan pada penafian Anwar kerana sehari
sebelum Khalid mengumumkan Penasihat PKR itu diputuskan sebagai calon
PRK Dun Kajang, Anwar sendiri menafikan beliau akan bertanding pada
pilihan raya itu.
Itu belum lagi dikira sekian banyak dustanya
sebelum ini daripada cerita arsenik, 16 September, 40 ribu pengundi
warga Bangladesh dan bermacam-macam lagi.
Apa yang berulang-ulang pun kemudian dinafikan, inikan pula yang tidak sampai pun 24 jam!
Ironinya, Pas sudah terbahagi dua. Pada hari sidang media pengumuman
Anwar sebagai calon itu pun, dua Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man dan Datuk Husam Musa mengatakan mereka tidak tahu apa-apa
mengenai perkara itu sedangkan sidang media tersebut dihadiri oleh
seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Ketua Pengarah Jabatan
Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.??Tergesa-gesa
Ini jelas menunjukkan bahawa tiadanya kesepakatan dalam suatu gabungan yang dinamakan Pakatan!
Dan lagi, senario ini menunjukkan keputusan dan tindakan yang diambil
berhubung pengosongan kerusi Dun Kajang, juga Anwar sebagai calon PRK
dibuat dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa.
Kita cenderung
untuk percaya keputusan itu dibuat dalam dua atau tiga perbincangan yang
berbeza yang kedua-duanya juga melibatkan empat mata secara berasingan,
Anwar dengan Azmin Ali dan satu lagi, Anwar dengan Khalid.
Isunya adalah untuk menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar Selangor
yang yang selama beliau berada di situ sejak lima tahun lalu,
bermacam-macam konflik melibatkan beliau dengan kem Azmin telah
dilaporkan secara terbuka.
Ini antara lain dikaitkan dengan
stail pengurusan korporat Khalid yang dikatakan cukup teliti dengan
aliran keluar masuk wang negeri. Selain itu, pentadbirannya juga
dikatakan kurang mesra dengan kontraktor daripada kalangan penyokong
parti yang dikatakan mengharap habuan daripada kuasa pemerintahaan
Kerajaan Pakatan untuk mendapat projek.
Manakala di pihak yang
menentang pula, Khalid didakwa membawa masalah kepada PKR dan juga
Pakatan kerana sering membuat keputusan sendiri dengan tidak merujuk
kepada konsensus parti dalam pentadbirannya termasuk dalam isu projek
Langat 2.
Meneropong ke dalam rumah tangga PKR, Khalid dikatakan proksi Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Selangor.
Itulah sebab Faekah Hussin, bekas Setiausaha Politik Wan Azizah
dihantar untuk menjadi Setiausaha Politik Khalid sebelum dilantik ke
jawatannya sekarang. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar
(MB Incorp).
Ini sekali gus memperlihatkan bahawa konflik
Khalid dengan Azmin, juga boleh dianggap konflik Azmin dengan Wan
Azizah.????Maka, itulah juga dikatakan puncanya Anwar terpaksa campur
tangan secara langsung hingga menurunkan darjat keinginannya daripada
menjadi Perdana Menteri hanya kepada Menteri Besar Selangor meskipun ada
yang memperolok-olokkan penyertaannya dalam PKR Dun Kajang disebabkan
gaji Menteri Besar Selangor lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri.
Persoalannya, apakah Anwar bersungguh-sungguh mahu jadi MB Selangor ataupun ini hanya helah untuk menurunkan Khalid?
Anak jati
Meskipun tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
Selangor 1959 bahawa jawatan menteri besar hanya untuk anak jati negeri
itu namun seperti juga negeri beraja yang lain, pelantikan menteri besar
adalah bawah bidang kuasa Sultan Selangor, sekurang-kurangnya perlu
mendapat perkenan baginda dan baginda juga mempunyai budi bicara untuk
melantik mana-mana Adun yang diyakini mendapat sokongan majoriti dalam
Dewan Undangan Negeri.
Ini selaras dengan Perkara 53 dan
Perkara 55 (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Dalam
kata lain, keputusan muktamad untuk melantik menteri besar adalah pada
Sultan Selangor dan kecenderungan baginda difahamkan adalah pada anak
Selangor.
Anwar bukan anak Selangor walaupun sudah menukar alamatnya ke Country Heights, Kajang.
Dengan ini, kita boleh menjangka bahawa sekalipun Anwar menang kerusi
Dun Kajang pada PRK ini, beliau belum pasti akan mendapat laluan mudah
untuk ke Bukit Megawati. Sebagai ahli politik berpengalaman malah pernah
menjadi Timbalan Perdana Menteri, apakah Anwar tidak boleh membaca
sifir pentadbiran yang semudah ini?
Mungkin tidak!
Justeru bagi pemerhati, inilah apa yang disifatkan sebagai strategi atau taktik politik yang disebut Azmin tempoh hari.
Sebagaimana yang difahamkan bahawa Khalid bersetuju untuk undur dari
kerusi menteri besar hanya jika bukan Azmin yang dinamakan sebagai
penggantinya, Anwar adalah orang yang paling tepat untuk diletak bagi
tujuan pengaburan sementara itu.
Dan apabila berlaku konflik
pelantikan dengan pihak istana sebagaimana yang djangka, Azmin akan
dinamakan sebagai pilihan kedua.
Apa mungkin impian Azmin akan mampu dicapai dengan strategi ini?
Dalam keadaan ini, pemerhati melihat Pas tidak akan kehilangan peluang jika pemimpinnya bersikap lebih tegas.
Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd
Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang
mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini
hanya 13 kerusi.
Sehubungan itu, langkah Pas Selangor menamakan
calonnya bagi jawatan menteri besar jika berlaku kekosongan (konflik)
dilihat sebagai tindakan yang tepat sekali gus menunjukkan keraguan
mereka bahawa isu itu akan berakhir tenang selepas PRK ini.
Pas
Selangor menamakan pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad yang juga
anggota Exco sebagai calon utama selain dua lagi calon, Mohd Yunus Hairi
dan Adun Paya Jaras yang juga Setiausaha Perhubungan, Khairuddin
Othman.
Namun perkembangan terkini yang ditunjukkan menerusi
kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu dan Setiausaha Agung, Datuk
Mustafa Ali bahawa perbuatan mempertikaikan tindakan Anwar dan PKR bukan
daripada Pas Pusat dan hanya keputusan pucuk pimpinan tertinggi bersama
Majlis Pimpinan PR yang sah lagi rasmi, dilihat sebagai tindakan
menolak pandangan akar umbi terutama pimpinan Pas Selangor sendiri.
Apakah Pas akan menolak peluang yang terbuka luas ini sekali lagi
sedangkan parti itu adalah yang paling stabil dalam Pakatan, termasuk di
Selangor.
Iskandar juga antara anggota Exco yang paling senior dan dihormati dalam pentadbiran negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan