
Pemimpin bertaraf dunia yang bakal bertanding di PRK Kajang kembali ke Kubu kuatnya di Permatang Pauh. Admin beranggapan Anwar nie tak takut dan risau pada Permatang Pauh yang menjadi Kubu kuatnya sejak dari tahun 80an. Namun anggapan hanya tinggal anggapan apabila semalam Anwar muncul di Masjid Kubang Semang. Kemunculan Anwar dihadapan penyokongnya memberikan penjelasan yang kenapa dan mengapa bertanding di Kajang......?
Admin tertanya-tanya juga adakah penyokong tegar Anwar nie mengiyakan sahaja apa tindakan Anwar ini. Yang hadir kebanyakkanya adalah berkopiah putih seperti penyokong PAS. Mereka yang hadir ini sudah tentu berjawatan kerana yang menentukan jawatan mereka menjadi JKKK adalah Ahli Parlimen. Siapa yang kasi sudah tentu Anwar Ibrahim takkan depa nie berani nak lawan. Silap hari bulan dah tentu jawatan yang disandang bakal lenyap disentap penjubur sejati Permatang Pauh.
Jadi, sekarang semua pihak faham bahawa untuk meredakan pergaduhan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dah sanggap sangat nak jadi Menteri Besar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, maka Anwar Ibrahim harus dilantik ke jawatan itu.
Melainkan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman politik yang gagal ditangani oleh Anwar Ibrahim dengan berkesan.
Cuma, kalau itulah penyelesaiannya… ok… selain perkenan Sultan Selangor cabaran pertama adalah untuk Anwar menang di Kajang.
Ni bukan Permatang Pauh … tidak semudah itu untuk Anwar menang.
Anwar boleh la cakap BN tak perlu bertanding apa semua… itu mulut dia, hakikatnya tidak semudah kata-kata.
Bayangkan kalau Anwar kalah… PKR akan hanya tinggal 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)… PAS dan DAP masing-masing akan ada 15 kerusi.
Perbezaan dua kerusi sudah menjadi terlalu besar sebenarnya.
DAP tidak boleh menjadi MB kerana
syarat ke jawatan itu perlulah Islam dan Melayu… mereka tidak ada ADUN yang memenuhi syarat berkenaan.
Dengan kelebihan kerusi, dengan memenuhi syarat Melayu serta Islam… takkan PAS akan sekali lagi berdiam diri dan membiarkan PKR melantik calon mereka ke jawatan itu?
Kemungkinan besar jika Anwar kalah… maka Khalid Ibrahim akan kekal Menteri Besar… memang beliau tidak akan meletak jawatan kerana ribut akan melanda pentadbiran Selangor.
Kalau Anwar kalah dan Khalid letak jawatan… tengoklah macam mana PKR, DAP dan PAS bergaduh mahukan jawatan MB nanti.
Silap hari mahu PKR terlepas jawatan MB berkenaan. Jadi, kalau Anwar kalah, Khalid akan kekal.
DAP akan terus memberikan sokongan kepada Khalid tetapi fikir lojik akal… Khalid sah akan menjadi boneka DAP… (situasi yang macam pernah ku lihat… tapi di mana yea?)
Dan yang pasti diperbodohkan dan kekal dalam sakit hati yang teramat adalah Azmin.
Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK…Anwar bertanding…(kalah)… Azmin tetap juga tak jadi MB akhirnya…
Terasa bodoh tak kalau kita berada di kedudukan Azmin ketika itu?
Sambung balik yea… Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK Anwar bertanding…(kalah)… kerusi PKR makin kurang… PAS masih melopong sedangkan dah berhak sangat mengambil alih kerusi MB.
Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK Anwar bertanding…(kalah)… Khalid kekal MB tetapi semakin menjadi boneka kerana bertahan atas restu DAP.
Dalam situasi rakyat dipergunakan… tak nampak satu penyelesaian yang masuk akal… inikah sahajakah strategi yang mampu difikirkan Rafizi Ramli?
Kalau Anwar menang dan tidak dapat perkenan pulak… apa nak jadi?
Masaklah rakyat Selangor nak tengok drama politik tidak berkesudahan nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan