SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 4 Februari 2014

N25 Kajang , Anwar Jual DEMOKRASI ????

Berdasarkan ucapan Anwar Ibrahim sewaktu hadir di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang baru-baru ini , rakyat sudah pasti dapat menilai sejauh mana cara Anwar Ibrahim berpolitik.

Anwar sudah pun membongkar segala-galanya mungkin dengan harapan rakyat mahupun penyokong-penyokong pembangkang meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Ini bukanlah kali pertama Anwar Ibrahim melakukan tindakan sebegini , sebelum ini Wan Azizah isteri beliau sendiri sebenarnya telah pun di korbankan daripada dunia politik semata-mata untuk memberikan ruang kepada Anwar bertanding sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh.

Bayangkan bagaimana seorang suami sanggup bertindak sampai ke tahap itu kepada seorang isteri yang selama ini berjuang mempertahankan suaminya.Walaupun hakikatnya Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang korup semasa memegang jawatan dalam kerajaan selain daripada sikap seks luar tabienya , Wan Azizah masih setia bersama menempuh segala dugaan dan cabaran bagi memberikan ruang kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim.

Akhirnya Wan Azizah tidak ubah seperti mayat hidup dalam kepimpinan PKR walaupun memegang jawatan sebagai Presiden parti.

Pengumuman yang di buat oleh kerajaan negeri Selangor mengundang pelbagai rungutan dari pihak pembangkang sendiri yang rata-ratanya mempertikaikan tindak tanduk Anwar dan PKR Selangor yang membelakangkan kononnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Di mana maruah Anwar selaku pemimpin utama dalam pembangkang ?

Memetik ucapan Anwar sewaktu di An Nahdoh baru-baru ini ,
Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai ADUN) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.

"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di sini malam ini.
Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berhadapan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.

"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik dari aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Anwar Ibrahim sebenarnya sedang cuba untuk mengalih tumpuan penyokong-penyokongnya kepada isu di Selangor yang kononya memerlukan seorang pemimpin seperti beliau sedangkan pada dasarnya Anwar sudah pun MELIWAT sistem demokrasi negara dengan perancangan perletakan jawatan ADUN Kajang sebelum ini.

"Dalam politik kena ada kejutan , dan ini di anggap sebagai satu strategi kita" !!

Kejutan yang Anwar berikan sememangnya satu strategi bahkan strategi itulah yang selama ini MOMBOHONGI rakyat di luar sana.Penafian demi penafian di buat sebelum ini apabila di ajukan soalan sama ada laluan di Kajang ini untuk menempatkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menyerlahkan lagi sifat munafik Anwar.

Ternyata Anwar mengangkat sikap paling buruk dalam diri seorang manusia dengan menjadikannya sebagai salah satu stategi politiknya.

Anwar JUAL DEMOKRASI !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan