Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) menghalang kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang
untuk memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.
Halangan ini dibuat ekoran pasukan kempen Anwar merancang untuk
membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid
Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.
Sekaligus membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.
"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa MAIS dan JAIS akan
menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan
alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar
melalui Facebooknya.
Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.
Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan
memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah
Jumaat.
Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.
Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.
"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir
memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani
melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber
itu yang dipetik daripada The Malaysian Insider.
Kerusi DUN
Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Lee Chin Cheah daripada PKR. Sehubungan itu, Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar
sebagai calonnya di situ.
Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.
Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan