Beria-ia bukan main Rafizi Ramli mengeluarkan
kenyataan yang dia akan mendedahkan satu perkara yang akan sama sekali
memalukan dan mematikan hasrat Zaid Ibrahim bertanding menentang Anwar Ibrahim di DUN Kajang. Siap bagitahu, "Hari Rabu kita akan dedahkan."
Punyalah sabar menunggu sampai semalam. Barangkali sebab dah tak boleh nak mengelak lagi, Rafizi pun tunaikan janjinya iaitu pendedahan tentang Zaid Ibrahim.
Rupa-rupanya yang didedahkan oleh Rafizi Ramli tentang Zaid Ibrahim hanyalah sekadar sebuah e-mel yang mendedahkan bagaimana Zaid Ibrahim melobi Kerajaan Negeri Selangor bagi pihak kawannya untuk mendapatkan projek. Zaid bagaimanapun menafikan yang dia mempunyai sebarang kepentingan dalam kedua-dua syarikat yang didedahkan dalam e-mel oleh Rafizi.
Justeru, Zaid membidas dan menyelar Rafizi Ramli kerana terlalu gelojoh sehinggakan tidak sempat memeriksa sama ada dia, ahli keluarganya, isteri atau sepupunya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Malah menurut Zaid, kalaupun dia meminta tolong, itu merupakan satu kelaziman orang politik yang akan berusaha menolong orang yang meminta pertolongan. Tidak cukup dengan itu, Zaid turut bertanya, apakah Rafizi Ramli memang tidak pernah menolong sesiapa sahaja yang meminta bantuan kepadanya dalam usaha untuk menunjukkan kononnya dia bersih?
Akhirnya, Rafizi Ramli membuktikan juga bahawa dia sebenarnya tidaklah sebijaksana yang cuba digambarkan oleh para penyokongnya. Bahkan Rafizi sendiri terlupa bagaimana dia bersilat, bersilambam, berkungtau dan berkarate-do apabila e-mel Rahim Ghouse kepadanya didedahkan.
Pasti anda masih ingat bagaimana alasan standard yang diberikan oleh Rafizi ialah, ITU E-MEL PALSU CIPTAAN BLOGGER DAN CYBERTROOPER PRO-UMNO.
Menariknya emel yang dia dedahkan, tidak pula dikaitkan dengan 'ciptaan blogger dan cybertrooper pro-umno', sebaliknya dia cuba mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah tulen, benar dan tidak boleh disangsikan dengan sebarang hujah.
Ingatkan hebat sangatlah pendedahan yang hendak dibuat oleh Rafizi Ramli sampaikan pendedahan itu digambarkannya sebagai boleh mematikan hasrat Zaid Ibrahim untuk bertanding. Rupa-rupanya sekadar e-mel melobi projek...
Sesuatu yang sepatutnya direnungkan... MENGAPA AGAKNYA, ALLAH TAALA MEMBALIKKAN SEGALA TUDUHAN RAFIZI RAMLI KE MUKANYA SENDIRI... dan tempoh masa balasan tersebut, tidaklah terlalu lama sampai kita semua boleh terlupa.
KENAPA YER?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan