Tenaga Nasional Berhad
(TNB) menasihatkan orang awam supaya berwaspada dengan pihak yang
menyamar sebagai anggota kerja atau kontraktor TNB, yang menjadikan
penduduk luar bandar sebagai sasaran untuk menipu.
TNB dalam
kenyataan hari ini meminta pengguna menghubungi pejabat TNB berhampiran
dan polis jika didatangi individu yang menyamar sebagai pekerjanya untuk membuat pemeriksaan pendawaian dalam rumah dan meminta bayaran elektrik.
Syarikat itu menjelaskan anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di
premis pengguna diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa
kemeja t berwarna merah dengan logo TNB, jaket biru dengan sulaman logo
TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja itu.
Selain
itu, anggota kerja yang memeriksa meter elektrik hanya akan masuk ke
halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa
yang memaparkan gambar anggota kerja, nombor pekerja dan nombor kad
pengenalan bagi kontraktor TNB.
Pemeriksaan juga hanya akan
dibuat setakat meter di luar rumah dan tidak dibenarkan membuat
pemeriksaan pendawaian dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB.
Menurut TNB sebarang transaksi pembayaran untuk syarikat itu seperti
deposit hanya dilakukan di kaunter-kaunter Pusat Khidmat Pelanggan (PKP)
dan bukan melalui orang perseorangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan