SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 6 Februari 2014

Khalid ‘Kureng’ Bab Politik, Tapi Dilantik Pengarah P/Raya Kajang?????

SILAP mata, manipulasi politik. demokrasi, percanggahan kenyataan dan segala macam yang berkaitan dengan itu sedang berlaku di sana sini dalam negeri Selangor akhir-akhir ini, kalau ada sesiapa perasanlah.


Contoh pertama, Khalid si Menteri Besar ini terbaik yang Selangor pernah ada, tapi perlu Anwar masuk campur untuk selesai beberapa masalah. Terbaik, tapi apsal Anwar kena masuk campur?

Konfius

Paling menarik contoh kedua. Khalid si Menteri Besar dikatakan terbaik dalam ekonomi, dalam hal urus duit tapi bab politik kureng. Pun begitu, Khalid (yang dikatakan kureng bab politik), dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Kajang!!

Konfius lagi.

Bukankah sepatutnya orang yang pegang jawatan Pengarah Pilihanraya ini mesti orang yang mahir bab politik? Dah kata Khalid kureng dalam politik, tapi lantik dia sebagai Pengarah Pilihanraya pulak, tak bercanggah ke kenyataan tu?

Pengarah Pilihanraya ni tak semesti bijak belajar tapi mesti mau bijak politik. Mahfuz Omar sebagai contoh, ikutkan paling bebal dari segi akademik, tapi bab putar alam politik, dia ada PhD tau!!

Sebab itu Mahfuz dilantik ketuai beberapa kempen PRK PAS (terbaru Sungai Limau), sebab politik memang makanan dia (walaupun sekolah bodoh). Ada ramai lagi doktor, engineer dalam PAS tapi tak lantik orang ini sebab ilmu politik setakat cukup makan, tak macam Mahfuz.

Dari segi merit, Rafizilah yang sepatutnya jadi Pengarah Pilihanraya sebab, selain dia Ahli Parlimen Pondan, dia juga Pengarah Strategi PKR. Kerja-kerja mencipta pilihanraya kecil ni memang kerja dialah. Rafizi rancang punya bagus sampai berlaku kekosongan, alih-alih Khalid yang ketuai jentera?

Apa cita?

Khalid, kalau dia bijaklah, pasti boleh baca ini semua percaturan nak bagi macam dia tu nampak penting sangat kat Selangor nun.

Hakikatnya, Anwar tak perlukan Khalid pun, cina kat Kajang tu pasti akan sokong Anwar tak kira apa. Tak payah strategi-strategi pelik apa pun, guna strategi benci dan strategi perkauman saja dah cukup.

Kita tahu semua tu, tapi tulis ni pun sekadar nak tunjuk tahap mana Anwar sanggup menipu dan manipulasi keadaan untuk kepentingan dia seorang.

Dalam pada itu, Azmin Ali nampaknya hilang dari radar persediaan pilihanraya kali ini. Peranan Azmin (Pengarah Pilihanraya PKR) setakat ini hanya mengisytiharkan Anwar sebagai pemimpin bertaraf dunia (backfire), dan duduk sebelah menyebelah dengan Khalid dan Anwar kelmarin (sandiwara)

Bab ini bagi penulis kaji dulu sebelum tulis, tapi mesti ada agenda yang lebih kurang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan