SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 14 Februari 2014

Khalid 'gam mulut' kisah tawaran tinggalkan PKR join PAS...????

Photo: Khalid 'gam mulut' kisah tawaran tinggalkan PKR join PAS...????Politik ini seni serba mungkin, kalau dulu tak pernah terbayang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada cita-cita jadi Menteri Besar, kini nampak cita-cita itu yang dikejarnya siang malam.

Sebab itu, ramai yang tidak tolak kemungkinan, untuk survive, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan membuka kemungkinan kepada apa saja pilihan.

Termasukkan gosip politik kata PAS ada offer yang baik untuknya.

Tapi empunya badan ketika ditemui selepas mesyuarat exco petang Rabu 'gam mulut' tidak mahu mengulas perkara itu.

“Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu. Beri peluang kepada rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco Rabu.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor baru selepas selesai PRK DUN Kajang.

Sebelum ini, media melaporkan ada ura-ura Khalid ditawarkan bertukar parti oleh pimpinan PAS sebagai upaya untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai MB.

PAS mempunyai 15 kerusi di DUN Selangor, sama dengan DAP, berbanding 13 PKR kini selepas ditolak DUN Kajang.

Sementara itu, beliau mempertahankan kenyataannya sebelum ini kerajaan negeri jimat RM7 juta dengan menamatkan khidmat kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Bhd (PHSB).

Katanya, kenyataan bekas Pengurus Pemasaran PHSB Dr Aliff Aiman bahawa jumlah keseluruhan gaji kakitangan PHSB hanya RM2.04 juta setahun itu tidak tepat.

“RM2 juta hanya bayar gaji pokok. Itu tidak termasuk sewa bangunan, bonus dan pengunaan elektrik dan lain-lain kos,” katanya.

Beliau turut mempertahankan tindakannya untuk mengekalkan imej PKNS sebagai satu syarikat yang menguruskan dana kewangan rakyat dengan baik, dan bukan hanya mengambil keuntungan secara komersial semata-mata.

“Kita mahu tunjukkan kita mematuhi prosedur yang betul dan sanggup menghadapi risiko (kritikan),Politik ini seni serba mungkin, kalau dulu tak pernah terbayang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada cita-cita jadi Menteri Besar, kini nampak cita-cita itu yang dikejarnya siang malam.

Sebab itu, ramai yang tidak tolak kemungkinan, untuk survive, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan membuka kemungkinan kepada apa saja pilihan.

Termasukkan gosip politik kata PAS ada offer yang baik untuknya.

Tapi empunya badan ketika ditemui selepas mesyuarat exco petang Rabu 'gam mulut' tidak mahu mengulas perkara itu.

“Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu. Beri peluang kepada rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco Rabu.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor baru selepas selesai PRK DUN Kajang.

Sebelum ini, media melaporkan ada ura-ura Khalid ditawarkan bertukar parti oleh pimpinan PAS sebagai upaya untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai MB.

PAS mempunyai 15 kerusi di DUN Selangor, sama dengan DAP, berbanding 13 PKR kini selepas ditolak DUN Kajang.

Sementara itu, beliau mempertahankan kenyataannya sebelum ini kerajaan negeri jimat RM7 juta dengan menamatkan khidmat kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Bhd (PHSB).

Katanya, kenyataan bekas Pengurus Pemasaran PHSB Dr Aliff Aiman bahawa jumlah keseluruhan gaji kakitangan PHSB hanya RM2.04 juta setahun itu tidak tepat.

“RM2 juta hanya bayar gaji pokok. Itu tidak termasuk sewa bangunan, bonus dan pengunaan elektrik dan lain-lain kos,” katanya.

Beliau turut mempertahankan tindakannya untuk mengekalkan imej PKNS sebagai satu syarikat yang menguruskan dana kewangan rakyat dengan baik, dan bukan hanya mengambil keuntungan secara komersial semata-mata.

“Kita mahu tunjukkan kita mematuhi prosedur yang betul dan sanggup menghadapi risiko (kritikan),

Tiada ulasan:

Catat Ulasan