SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 7 Februari 2014

Diibaratkan Sudah Bercerai, Disaman Pula Oleh Raja #1Malaysia #Kajang #PRKKajang??????

Photo: Diibaratkan Sudah Bercerai, Disaman Pula Oleh Raja #1Malaysia #Kajang #PRKKajang??????Kali ini Nurul Izzah bertemu buku dengan ruas kerana slogan biar berputih tulang Raja Nong Chik tak akan layan penyelesaikan kes diluar Mahkamah. 

Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan fitnah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi hari ini.

Ini kerana pihak yang terbabit dalam proses mediasi itu - Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini - tidak bersetuju dengan terma penyelesaian, kata peguam K.Shanmuga yang mewakili Nurul Izzah.

Sehubungan itu, kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam, katanya kepada media di sini. Bagaimanapun tarikh belum ditetapkan untuk perbicaraan itu. Proses mediasi itu dijalankan di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala LumpurKali ini Nurul Izzah bertemu buku dengan ruas kerana slogan biar berputih tulang Raja Nong Chik tak akan layan penyelesaikan kes diluar Mahkamah.

Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan fitnah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi hari ini.

Ini kerana pihak yang terbabit dalam proses mediasi itu - Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini - tidak bersetuju dengan terma penyelesaian, kata peguam K.Shanmuga yang mewakili Nurul Izzah.

Sehubungan itu, kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam, katanya kepada media di sini. Bagaimanapun tarikh belum ditetapkan untuk perbicaraan itu. Proses mediasi itu dijalankan di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan