SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 5 Februari 2014

Datuk Seri Nalla Umum Tawarkan Diri Lawan Anwar PRK N25 DUN Kajang. Akan Dedah Banyak Rahsia Anwar??????

Bertempat di Ibu Pejabat MIUP Kuala Lumpur, YB Senator Datuk Seri Nallakaruppan dengan secara rasminya membuat pengumuman untuk menawarkan dirinya bertanding menentang Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Pada sidang media petang ini, Nalla menyatakan hasrat untuk menjadi calon dan memohon Barisan Nasional memberikan laluan kepadanya agar dapat diadakan pertandingan satu lawan satu 'straight fight' diantara Anwar dan Nalla.

Sehubungan dengan itu, Nalla akan menantikan respon daripada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang diketuai oleh YAB Datuk Sri Najib Tun Razak samada mahu bersetuju atau tidak memberikan laluan kepadanya menjadi calon BN.

"Sehingga ke hari ini pucuk pimpinan BN masih belum lagi membuat sebarang keputusan samada akan bertanding dan siapakah calon untuk PRK DUN Kajang" ujar Nalla.

"Saya adalah calon yang paling sesuai untuk menghalang Anwar Bapa Putar Alam daripada terus menghancurkan negara ini" tambahnya lagi.

Pada sidang media ini juga Nalla mencabar Anwar untuk meletak jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan fokus untuk bertanding di DUN Kajang.

"Sekiranya Anwar berani untuk terima cabaran ini saya juga akan melepaskan jawatan saya sebagai Ahli Dewan Negara dan kita berdua sama sama tumpukan kepada DUN Kajang" jelas Nalla.

Menurut Nalla, amatlah pelik kerana Anwar bukanlah Ahli Parlimen dinegeri Selangor.

Berbeza dengan Azmin, beliau adalah Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa masih dalam negeri Selangor. Begitu juga dengan Khalid Ibrahim yang menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Pelabuhan Klang kedudukan yang berhampiran. Lim Guan Eng pula merupakan Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Puteh dalam negeri Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, jelaslah ianya terlalu mustahil untuk Anwar menjalankan tanggungjawabnya sebagai ADUN Di Kajang Selangor sedangkan dia juga merupakan Ahli Parlimen di negeri Pulau Pinang.

Anwar hanya ingin memenuhi agenda peribadinya sendiri dan tidak ada langsung cita cita membela nasib rakyat di DUN Kajang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan