SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 7 Februari 2014

BILA KIT SIANG KECAM KHUTBAH JUMAAT PAS DIAM, BILA TERESA KOK DIKECAM PAS BINGKAS BANGUN????


Photo: BILA KIT SIANG KECAM KHUTBAH JUMAAT PAS DIAM, BILA TERESA KOK DIKECAM PAS BINGKAS BANGUN????Rupanya demonstrasi menyembelih ayam, melumurkan darah dan mengupah untuk menampar Teresa Kok bukan sahaja menguris hati pemimpin dan ahli Dap malah menguris hati pemimpin Pas juga.

Pemimpin Pas bingkas bangun dengan garangnya bagi mempertahankan pemimpin kesayangan mereka iaitu Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng daripada dikecam oleh beberapa NGO Melayu.Maka beberapa pemimpin Pas pun keluarkanlah beberapa ayat-ayat alquran yang menyuruh kita menghormati orang bukan Islam dan mengecam tindakan NGO tersebut.Dalam Harakahdaily.net lidah rasmi parti Pas pada hari ini memberi ruang seluas-luasnya kepada pemimpin Pas dan Dap untuk mengecam tindakan NGO Melayu yang dianggap kononnya membuat tindakan jahiliyah yang bertentangan dengan dunia moden yang berpaksikan kematangan dan intelektual yang tinggi. 

Lidah rasmi Pas membuat 7 posting yang berkaitan dengan kecaman yang dianggap menghina Teresa Kok dan pemimpin Dap

Seperti biasa mereka juga berjaya mengaitkan umno dalam isu ini walaupun tidak seorang pun pemimpin atau ahli umno yang terlibat dalam demonstrasi mengecam Teresa Kok ini.

Persoalannya sekarang dimanakah pemimpin Pas ketika Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan khutbah Jumaat.Kenapa pemimpin Pas jadi bisu apabila berhadapan dengan Lim Kit Siang?

Lim Kit Siang mendakwa, khutbah Jumaat di ibu negara pada 31 Januari lalu menyebut perpecahan dalam kalangan umat Islam bukan sahaja disebabkan oleh iman yang lemah tetapi juga kerana hasutan umat Kristian dan Yahudi adalah bercanggah dengan usaha perdamaian.

Meskipun teks ucapan khutbah Jumaat itu memetik Firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah ayat 120 mengenai kaum Yahudi dan Nasrani, Kit Siang tetap menegaskan bahawa khutbah Jumaat perlu diubah.

Kenapa pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan Islam hanya diam membisu dalam isu penghinaan khutbah Jumaat ini sedangkan apabila pemimpin zionis seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dikecam Pas bingkas bangun mempertahankan seolah-olah mereka itu pemimpin Islam.

Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam masih ingat lagi dimana Teresa Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mengakui beliau terlibat dalam isu membantah papan tanda jalan bertulisan jawi di sekitar ibu kota terutama di kawasan Taman Seputeh. Teresa Kok mendakwa DBKL membazirkan wang pembayar cukai dengan membuat papan tanda bertulisan jawi.

Teresa Kok juga pernah mempertikaikan berhubung isu laungan azan di Bandar Kinrara, Puchong yang dikatakan menganggu keharmonian penduduk bukan Islam untuk beristirehat dan pemimpin Pas turut membisu.

Teresa juga pernah membuat kenyataan berhubung meminta peruntukan 30 peratus wang zakat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diagihkan kepada pertubuhan bukan Islam.

Jika dilihat senario perbuatan biadap mereka ini memang sepatutnya mereka ini dikecam sebegitu rupa mungkin pemimpin Pas sudah termakan budi jadi nak tak nak mereka terpaksa mempertahankan pemimpin Dap daripada diganggu.

Oleh itu Pas usah dabik dada mengatakan parti mereka memperjuangkan Islam dan hentikanlah penipuan terhadap umat Islam yang dibuat dalam setiap ceramah di ceruk-ceruk kampung dan pedalaman.Kasihanilah penduduk kampung yang tidak berdosa yang pernah ditipu oleh pemimpin Pas. Demi untuk mendapatkan kuasa bersama dengan pemimpin Dap mereka sanggup melakukan apa sahaja.Rupanya demonstrasi menyembelih ayam, melumurkan darah dan mengupah untuk menampar Teresa Kok bukan sahaja menguris hati pemimpin dan ahli Dap malah menguris hati pemimpin Pas juga.

Pemimpin Pas bingkas bangun dengan garangnya bagi mempertahankan pemimpin kesayangan mereka iaitu Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng daripada dikecam oleh beberapa NGO Melayu.Maka beberapa pemimpin Pas pun keluarkanlah beberapa ayat-ayat alquran yang menyuruh kita menghormati orang bukan Islam dan mengecam tindakan NGO tersebut.Dalam Harakahdaily.net lidah rasmi parti Pas pada hari ini memberi ruang seluas-luasnya kepada pemimpin Pas dan Dap untuk mengecam tindakan NGO Melayu yang dianggap kononnya membuat tindakan jahiliyah yang bertentangan dengan dunia moden yang berpaksikan kematangan dan intelektual yang tinggi.

Lidah rasmi Pas membuat 7 posting yang berkaitan dengan kecaman yang dianggap menghina Teresa Kok dan pemimpin Dap

Seperti biasa mereka juga berjaya mengaitkan umno dalam isu ini walaupun tidak seorang pun pemimpin atau ahli umno yang terlibat dalam demonstrasi mengecam Teresa Kok ini.

Persoalannya sekarang dimanakah pemimpin Pas ketika Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan khutbah Jumaat.Kenapa pemimpin Pas jadi bisu apabila berhadapan dengan Lim Kit Siang?

Lim Kit Siang mendakwa, khutbah Jumaat di ibu negara pada 31 Januari lalu menyebut perpecahan dalam kalangan umat Islam bukan sahaja disebabkan oleh iman yang lemah tetapi juga kerana hasutan umat Kristian dan Yahudi adalah bercanggah dengan usaha perdamaian.

Meskipun teks ucapan khutbah Jumaat itu memetik Firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah ayat 120 mengenai kaum Yahudi dan Nasrani, Kit Siang tetap menegaskan bahawa khutbah Jumaat perlu diubah.

Kenapa pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan Islam hanya diam membisu dalam isu penghinaan khutbah Jumaat ini sedangkan apabila pemimpin zionis seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dikecam Pas bingkas bangun mempertahankan seolah-olah mereka itu pemimpin Islam.

Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam masih ingat lagi dimana Teresa Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mengakui beliau terlibat dalam isu membantah papan tanda jalan bertulisan jawi di sekitar ibu kota terutama di kawasan Taman Seputeh. Teresa Kok mendakwa DBKL membazirkan wang pembayar cukai dengan membuat papan tanda bertulisan jawi.

Teresa Kok juga pernah mempertikaikan berhubung isu laungan azan di Bandar Kinrara, Puchong yang dikatakan menganggu keharmonian penduduk bukan Islam untuk beristirehat dan pemimpin Pas turut membisu.

Teresa juga pernah membuat kenyataan berhubung meminta peruntukan 30 peratus wang zakat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diagihkan kepada pertubuhan bukan Islam.

Jika dilihat senario perbuatan biadap mereka ini memang sepatutnya mereka ini dikecam sebegitu rupa mungkin pemimpin Pas sudah termakan budi jadi nak tak nak mereka terpaksa mempertahankan pemimpin Dap daripada diganggu.

Oleh itu Pas usah dabik dada mengatakan parti mereka memperjuangkan Islam dan hentikanlah penipuan terhadap umat Islam yang dibuat dalam setiap ceramah di ceruk-ceruk kampung dan pedalaman.Kasihanilah penduduk kampung yang tidak berdosa yang pernah ditipu oleh pemimpin Pas. Demi untuk mendapatkan kuasa bersama dengan pemimpin Dap mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan