Mana-mana pihak yang tidak mendapat tauliah daripada Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) tidak dibenarkan untuk menyampaikan khutbah
Jumaat dan tazkirah di masjid, demikian menurut Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Aidit Ghazali.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan tentang tindakan
kedua-dua badan agama tersebut yang cuba menghalang program kempen Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebuah masjid Kajang Jumaat
lalu.
Menurut sumber yang dipetik sebuah portal, Anwar dan
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty yang dijadualkan memberi
tazkirah dan khutbah di Masjid Batu 10, telah dihalang berbuat demikian
kerana campur tangan MAIS dan JAIS.
"Kalau JAIS dan MAIS
bertindak, kami tak bertindak memilih bulu. Tetapi kami akan bertindak
berdasarkan sesiapa kalau langgar undang-undang, termasuk melanggar dan
derhaka titah Sultan sebagai ketua agama, maka kami laksana berdasarkan
apa yang diamanahkan ke atas kami.
"Kalau sesiapa yang terasa
bahawa dia ini seolah-olah jadi sasaran MAIS dan JAIS, pada saya ini
ialah mungkin kerana dia makan cili, dia terasa pedas.
"Kalau
katakan di MAIS dan JAIS sudah tetapkan bahawa orang yang tidak
bertauliah tidak boleh masuk ke dalam masjid dan surau bawah pentadiran
MAIS dan JAIS untuk berceramah dan berkhutbah, takkan kita nak kata
orang yang buat salah ini kita 'special' sikit. Mana boleh begitu,"
jelasnya kepada Antarapos.
Malah menurut surat yang pernah
dikeluarkan JAIS pada tahun 2010, nazir yang dilantik tidak dibenarkan
sewenang-wenangnya memberi individu dari luar yang tidak mempunyai
tauliah untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan ia jelas melanggar arahan
MAIS.
Tambah Aidit lagi, kedua-dua badan tersebut melaksanakan
tindakan setiap masa dan tidak tertumpu sewaktu kempen pilhan raya
sahaja.
Oleh itu katanya, pihak yang 'berfikiran sempit'
dilihat cuba mengambil kesempatan ini mengaitkan tindakan JAIS dengan
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi
dan menampakkan seolah-olah merekalah 'mangsa' demi meraih simpati
rakyat.
"Jadi tak timbul persoalan kita ini seolah-olah
terikat dan terbabit pada kempen. Kita melaksanakan tugasan secara
konsisten sejak wujudnya JAIS dan MAIS.
"Apabila kebiadapan
pihak tertentu bertambah, apabila mereka ini berani derhaka dan khianat,
berani mencabar titah tuanku, berani mempersoalkan enakmen pentadbiran
agama, berani mengatakan fatwa hanya untuk orang Islam dan tiada kena
mengena dengan orang bukan Islam.
"Berani langgar keputusan
mahkamah, berani mencabar Perlembagaan Persekutuan bersabit kedudukan
Islam dan umatnya, apakah agensi seperti MAIS dan JAIS kena bersifat
dayus? Tentu sekali tidak," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan