SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 9 Februari 2014

Anwar tidak jamin Khalid kekal MB Selangor....Tak Boleh Pakai Cakapnya????

Photo: Anwar tidak jamin Khalid kekal MB Selangor....Tak Boleh Pakai Cakapnya???? Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu memberi jaminan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor jika PKR berjaya mempertahankan kerusi DUN Kajang.

"Tidak, kita tidak akan beri jaminan itu, tidak. Itu kita akan bincang cari jalan yang terbaik.

"Ya, ia bukan tetap. Dalam politik malah dalam dunia sekalipun," kata Anwar ketika diwawancara secara ekslusif akhbar Sinar Harian.

Anwar berkata demikian ketika ditanya apakah Khalid kekal menjadi Menteri Besar Selangor jika Pakatan Rakyat memenangi PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.

Desas desus jawatan Menteri Besar Selangor bakal digantikan bertiup kencang setelah penyandang kerusi DUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya secara mengejut.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada Anwar bagi mengukuhkan lagi parti PKR.

Namun sehingga kini, Anwar dan Khalid enggan mengulas lanjut khabar angin itu.

Malah Khalid berkali-kali menegaskan beliau tidak akan mengundurkan diri dari jawatan itu.

ADUN Perlabuhan Klang itu mendapat sokongan kuat rakan kompenn Pakatan Rakyat, PAS dan DAP.

PAS berkata akan menyokong PKR dalam PRK DUN Kajang, namun isu mengenai jawatan Menteri Besar tidak berbangkit.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat memberitahu, Khalid tetap akan menjadi Menteri Besar dan jika benar PKR ingin menukar ketua negeri Selangor, PAS akan campur tangan dan akan turut menamakan calon untuk jawatan itu.

PKR Selangor sebelum ini dilaporkan beberapa kali mendesak Khalid meletakkan jawatan kerana gagal menangani banyak isu di Selangor antaranya isu sampah, prasarana yang tidak memuaskan dan banyak lagi.

Khalid juga dikatakan seringkali membelakangkan parti dalam membuat keputusan-keputusan sensitif membabitkan hal ehwal rakyat.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu memberi jaminan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor jika PKR berjaya mempertahankan kerusi DUN Kajang.

"Tidak, kita tidak akan beri jaminan itu, tidak. Itu kita akan bincang cari jalan yang terbaik.

"Ya, ia bukan tetap. Dalam politik malah dalam dunia sekalipun," kata Anwar ketika diwawancara secara ekslusif akhbar Sinar Harian.

Anwar berkata demikian ketika ditanya apakah Khalid kekal menjadi Menteri Besar Selangor jika Pakatan Rakyat memenangi PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.

Desas desus jawatan Menteri Besar Selangor bakal digantikan bertiup kencang setelah penyandang kerusi DUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya secara mengejut.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada Anwar bagi mengukuhkan lagi parti PKR.

Namun sehingga kini, Anwar dan Khalid enggan mengulas lanjut khabar angin itu.

Malah Khalid berkali-kali menegaskan beliau tidak akan mengundurkan diri dari jawatan itu.

ADUN Perlabuhan Klang itu mendapat sokongan kuat rakan kompenn Pakatan Rakyat, PAS dan DAP.

PAS berkata akan menyokong PKR dalam PRK DUN Kajang, namun isu mengenai jawatan Menteri Besar tidak berbangkit.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat memberitahu, Khalid tetap akan menjadi Menteri Besar dan jika benar PKR ingin menukar ketua negeri Selangor, PAS akan campur tangan dan akan turut menamakan calon untuk jawatan itu.

PKR Selangor sebelum ini dilaporkan beberapa kali mendesak Khalid meletakkan jawatan kerana gagal menangani banyak isu di Selangor antaranya isu sampah, prasarana yang tidak memuaskan dan banyak lagi.

Khalid juga dikatakan seringkali membelakangkan parti dalam membuat keputusan-keputusan sensitif membabitkan hal ehwal rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan