SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 24 Februari 2014

Anwar Syok Sendiri Dengan “Langkah Kajang” Hingga Lupa Penipuan Sendiri????

Photo: Anwar Syok Sendiri Dengan “Langkah Kajang” Hingga Lupa Penipuan Sendiri????Kononnya  gerakan “Langkah Kajang” oleh Anwar Ibrahim telah  menjadikan UMNO  panik terhadap kedudukan mereka di Selangor.  Sebenarnya Anwar lupa bahawa rakyat tahu siapa diri Anwar sebenarnya. Beliau tidak lebih dari seorang penipu yang diberi kelebihan memanipulasikan bermacam-macam isu demi kepentingan dan dendam peribadi beliau sendiri.

Anwar yang kelihatan cukup berbangga dengan kononnya  ”elemen kejutan” dengan meletakkan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyebabkan beberapa pemimpin veteran BN kononnya mengeluarkan kenyataan kedudukan Umno dalam bahaya. Hakikatnya  “elemen kejutan” Anwar itu lebih cenderung kepada “mengalihkan isu liwat” yang sedang hangat dibicarakan yang mana “sudah sampai masa”  sehingga Anwar  kehilangan punca untuk mencari alas an  bagi menangguhkan perbicaraan liwat beliau.

Kampung buah pala merupakan antara  bukti nyata penipuan Anwar.http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=FcN6XMU8UGw Tambahan pula  sebelum PRU-13, Anwar telah berjanji akan  menamatkan karier politik beliau  sekiranya  tewas dalam PRU-13. Kononnya beliau  bercadang  akan menjadi pensyarah jika kalah dalam PRU-13 yang lalu. Namun apabila beliau  kalah dan gagal menjadi Perdana Menteri , beliau jelas memungkiri janji tersebut dengan berbagai alas an yang tidak masuk akal.

Kononnya berlaku penipuan 40000 pengundi hantu dari Bangladesh.  Beliau kononnya menuduh  penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.  Kononnya 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.

Fitnah itu kononnya  berdasarkan pengiraan bahawa  4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu. Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT.  Kenyataan ini telah dibuat oleh  Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN. Beliau turut menuduh kononnya  syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

Selain daripada itu juga Anwar telah menuduh penipuan dilakukan oleh SPR dalam isu blackout.  Gambar blackout  telah di war-warkan di media maya  dan mereka telah  mendakwa kononnya kawasan di Bentong, Lembah Pantai dan Gelang Patah telah berlaku penipuan daripada pihak SPR untuk mewujudkan blackout di kawasan mereka demi memanipulasi keputusan PRU-13. Sebuah video lakonan bertajuk magical blackout dilakonkan untuk menggambarkan berlakunya isu blackout pada pukul 11.30 malam. Persoalannya, bagaimana sebuah video boleh siap lengkap dengan skrip, lakonan, latar belakang dan di edit serta boleh dimuat turun hanya dalam jangka masa setengah jam? Bersandarkan kepada bukti ciptaan mereka ini Anwar telah bergerak ke seluruh Negara dengan menabur fitnah jahat mereka.

Begitu juga dengan pembohongan Anwar  melalui  konspirasi 16 Sept 2008 selepas keputusan PRU-12 pada bulan Mac 2008 untuk merampas kuasa dari Barisan Nasional.  Rakyat dan pemimpin pakatan sendiri telah ditipu hidup-hidup dan mereka  hanya menyedari pembohongan tersebut pada 16 Sept 2008, iaitu 6 bulan selepas PRU-12.

Anwar yang mempunyai dendam peribadi terhadap UMNO juga  telah  menegaskan keutamaan untuk melawan Umno dalam PRK Kajang  dengan mengatakan MCA hanyalah sekadar “menumpang” kedudukan Umno. Nampak gayanya pakatan memang memperlekehkan MCA.  PRK Kajang ini merupakan medan menentukan kewarasan pengundi  Kajang dalam  membuat pilihan yang tepat.

Kebijaksanaan rakyat Selangor sekaligus diadili dalam mengenalpasti penipu sebenar seperti Anwar Ibrahim. Isu kenaikan harga barang dan agama menjadi modal utama untuk dimanipulasikan oleh Anwar.  Kebijaksanaan MCA juga diuji  sejauh mana kesungguhan mereka menawan hati pengundi Kajang dengan keikhlasan Barisan Nasional.  PRK Kajang merupakan gelanggan menguji Anwar dan MCA.
Kononnya gerakan “Langkah Kajang” oleh Anwar Ibrahim telah menjadikan UMNO panik terhadap kedudukan mereka di Selangor. Sebenarnya Anwar lupa bahawa rakyat tahu siapa diri Anwar sebenarnya. Beliau tidak lebih dari seorang penipu yang diberi kelebihan memanipulasikan bermacam-macam isu demi kepentingan dan dendam peribadi beliau sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan