Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pelbagai masalah di
Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Anwar berkata, pelbagai masalah besar bertumpu di negeri itu
nembabitkan isu kalimah Allah, gereja dan masalah air yang berlarutan
selama lima hingga enam tahun dan tidak dapat diselesaikan.
"Dari aspek ekonomi memang bagus tetapi ada yang tidak selesai. Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tekanan yang tinggi dan
saya perlu bantu beliau.
"Saya akui masalah dalaman memang wujud dan cuba diselesaikan," katanya dalam ceramah di sini malam tadi.
Ceramah berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang penyokong PKR dan
diadakan bagi memberi penjelasan tentang keputusan beliau bertanding di
DUN Kajang.
Sementara itu, dalam sidang akhbar, ketika ditanya
tentang kenungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenan beliau
sebagai Menteri Besar Selangor jika menang , Anwar meminta supaya Sultan
Selangor tidak dilibatkan dalam pergelokan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan