SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 4 Februari 2014

AKHIRNYA PAS DILEMBUKAN ANWAR UNTUK MENGHALALKAN PENGKHIANATAN PKR TERHADAP PAS..

NAMA JE RAMAI ULAMA TAPI ULARMAA ~ ISU PRK KAJANG SELESAI. PAS SOKONG PENUH DAN AKAN BANTU ANWAR????Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya pada jam 9.00 malam, Isnin 3 Februari 2014 bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan ADUN Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.
Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu YB Dr Mohd Hatta Ramli pula dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini. Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit.
Mesyuarat juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan. PAS mendesak agar pihak Tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
BK : SENYAP SEMUA PEMUDA PAS YANG HINGAQ SANGAT. MANA PI HANGPA ....KIH KIH .PORAHHHH

sebelum itu .... berlakon konon haram.... PAS Juga

Munafik .. Kuat Berbohong Mcm Anwar
PRK Kajang, Haram Kerana Khianat Amanah Rakyat – AJK Pas Pusat???Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat, tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, terkejut dengan‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

“Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

“Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih denganpenuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelahmendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,”katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat.

“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung, kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

“Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan.

Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengenepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang.Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang dengan Pas danDap.

“Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

Di dalam perkembangan yang sama, Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirianyang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untukmemberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKRgagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulis, mereka akanmemboikot PRK DUN Kajang.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikianmaka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuktidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calonyang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan