SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 28 Januari 2014

Bukan mudah untuk Anwar jadi MB, kata Agus?????


Jika benar spekulasi bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN Kajang bagi membolehkan dirinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, maka perkara tersebut bukanlah semudah yang 'dirancangkan'.

Menurut penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ini kerana kuasa melantik seseorang Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terlebih dahulu.



"Andaikanlah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bertanding dan menang, apakah beliau akan menjadi MB? Jawapannya tidak semudah itu.

"Pertama, beliau tetap memerlukan sokongan rakan-rakan lain dalam kalangan Pakatan, dan kedua, beliau memerlukan perkenan Tuanku Sultan.

"Ini kerana kuasa melantik menteri besar adalah kuasa budi bicara Sultan," katanya menerusi status di laman sosial Facebooknya, semalam.

Umum mengetahui bahawa kepimpinan PKR Selangor sepakat bahawa Khalid wajar ditukarkan ekoran beberapa siri tindakannya yang dikatakan membelakangkan parti, antaranya isu penstrukturan air, gaji dan sebagainya.

Pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merupakan kemuncak tindakan Khalid yang menambahkan kemarahan pimpinan parti peringkat negeri sehingga mendesak agar Khalid dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Pengumuman peletakan Anwar sebagai calon yang akan bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi milik PKR itu, dan seterusnya menggantikan Khalid, ibarat mengiyakan telahan pelbagai pihak sejak kemelut PKNS itu hangat diperkatakan.

Selain perkenan Sultan, Anwar juga perlu mendapat persetujuan daripada sekutunya, DAP dan PAS.

Tambahan pula PKR hanya memperoleh bilangan kerusi terendah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu iaitu 14 kerusi, manakala DAP dan PAS masing-masing memperoleh 15 kerusi.

"Jikalah tujuannya untuk Anwar menggantikan Khalid, belum tentu ia boleh diterima oleh rakan-rakan dalam Pakatan. Masih ada yang melihat Khalid, walaupun kedekut berbelanja, seorang yang ada integriti dan bersih rasuah.

"Pemilihan MB Selangor bukanlah boleh dirancang oleh PKR sendirian kerana ia memerlukan muafakat bersama dalam kalangan PR," petik katanya.

Namun, Agus dalam masa yang sama juga melihat peletakan jawatan oleh Lee mempunyai beberapa 'hikmah' bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat Kajang sendiri terhadap wakil rakyat mereka.

"Ia membolehkan Pakatan dan BN menguji tahap sokongan rakyat kepada parti masing-masing. Kedua, peluang untuk DSAI betul-betul menguji penerimaan rakyat kepada dirinya secara peribadi dan kepada gabungan Pakatan pimpinannya.

"Ketiga, baik kerana membolehkan rakyat Kajang mendesak parti-parti yang bertanding menyelesaikan masalah kutipan sampah, jalan berlubang, jalan berlopak dek hujan dan lainnya yang selama ini mereka hadapi.

"Bagi Lee Chin Cheh pula, baik kerana beliau telah membuktikan peletakan jawatannya adalah secara berprinsip, bukan melompat parti,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan