Tidak
habis-habis dengan isu agama Islam dihina dan ia seolah-olah menjadi
satu tradisi buat bangsa lain memandang rendah kesucian agama Islam.
Malah, tidak ada langsung rasa hormat-menghormati kepada agama lain walhal tinggal di dalam negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama.
Kalau dahulu, kita dikejutkan dengan kisah pasangan blogger seks, Alvin
dan Vivian yang mencemari kesucian bulan Ramadhan. Seterusnya, ia telah
mengguris hati setiap umat Islam yang baru sahaja menyambut kedatangan
bulan Ramadhan.
Kali ini, ia dicetuskan pula di negeri di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, iaitu negeri Pulau Pinang.
Satu syarikat hiburan di negara pentadbiran DAP itu telah bertindak di
luar nilai hormat-menghormati apabila telah meletakkan gambar masjid di
atas ‘banner’ sebagai cara mempromosikan minum arak.
Ini
menunjukkan, satu lagi penghinaan terhadap umat Islam bukan sahaja di
negeri terbabit, tetapi juga seluruh umat Islam khususnya di negara ini.
Tindakan syarikat hiburan berkenaan umpamanya mahu menimbulkan isu rasa
tidak puas hati di kalangan umat Islam yang seterusnya akan mengheret
pula kepada pergaduhan yang besar.
Jika keadaan ini berlaku,
akan timbul pula isu di mana umat Islam mudah untuk melatah apabila
agama sendiri dihina dan menunjukkan tidak ada nilai sabar dalam setiap
peribadi umat Islam.
Dan, akan memberikan gambaran yang ajaran
agama Islam adalah sukakan kepada pergaduhan dan gemar mencetuskan
pertelingkahan mulut.
Syarikat hiburan berkenaan juga sengaja
mencurahkan minyak ke dalam api yang marak bila mana menggantung
‘banner’ berkenaan secara terang-terangan di hadapan sebuah bangunan di
Jalan Penang. Ia sudah diletakkan sejak sebulan yang lalu.
Dalam isu ini, yang harus dipersoalkan adalah di mana peranannya
kakitangan-kakitangan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi
menyelesaikan isu ini? Apakah mereka buta dan terlalu lemah untuk
bertindak tegas serta lantang dalam menjaga sensitiviti agama dalam
kalangan masyarakat di Pulau Pinang?
Pulau Pinang yang ditadbir
oleh DAP sememangnya didominasi oleh rakyat kaum Cina. Tetapi, ia
bukanlah satu jalan buat mereka untuk tidak mempunyai nilai hormat
kepada kaum lain yang tinggal juga di negeri itu walaupun jumlah mereka
adalah sangat kecil.
Seharusnya, MAIPP juga Exco Hal Ehwam
Agama negeri Pulau Pinang perlu menjalankan tindakan yang proaktif dalam
soal menjaga kesucian agama Islam. Ini kerana, umat Islam di negeri
tersebut tidak pernah mencuba untuk menghina agama-agama lain di negeri
itu.
Malah, apakah tindakan kerajaan negeri dalam membendung
gejala rakyat menghina agama lain? Kebenarannya, kerajaan negeri Pulau
Pinang hanya menutup mata dalam isu ini.
DAP sentiasa berkuasa
di Pulau Pinang dan impian pemimpin-pemimpin tertinggi adalah mahu
menubuhkan negeri itu bebas dari perlaksanaan agama Islam. Seterusnya,
merealisasikan impian mereka menjadikan Malaysia sebuah negara sekular
seperti Singapura.
Jadi, apabila timbul isu agama Islam dihina
berbentuk tulisan ‘banner’ ini, menunjukkan seolah-olah exco MAIPP
berada di bawah telunjuk DAP dan tidak berani untuk mengambil sebarang
tindakan yang mengejut. Mungkin juga mereka khuatir punca pendapatan
mereka juga akan turut lingkup sekiranya mengingkari arahan dari
pemimpin DAP.
Lama-kelamaan menjadikan orang Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang dibelakangkan oleh pimpinan politik negeri.
Dalam isu ini juga, di mana pendirian parti PAS Pulau Pinang dalam
menegakkan tindakan sedemikian adalah salah kerana satu bentuk
penghinaan telah berlaku.
Percayalah, paling ‘hebat’ yang mampu PAS
lakukan adalah hanya mengatakan perkara itu tidak harus diperbesarkan
serta perlu memaafkan kesilapan syarikat hiburan berkenaan. Inilah sikap
dan tabiat parti lemah seperti PAS. PAS juga sudah dikunci dan duduk di
bawah telunjuk parti DAP.
Tidak mustahil, isu menghina agama
Islam akan menjadi satu tradisi dan mampu memberikan kesan serta
mempengaruhi pemikiran dan akidah umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan