Walaupun timbul
pelbagai halangan tayangannya di Penang, namun rakyat yang berakal tetap
mahu melihat kebenaran, syabas kepada warga Penang...Guan Eng pasti
tertampar dengan keberanian warga Penang...huhuhu........Di sebalik
'nasihat' yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pemilik
panggung supaya tidak menayangkan filem patriotik Tanda
Putera atas alasan keselamatan, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan
daripada penonton pada hari pertama tayangannya di negeri ini.
Tinjauan Utusan Online di sebuah pawagam di Bayan Baru mendapati, 60
peratus tiket untuk slot tayangan pukul 9.30 malam telah habis dijual
walaupun tayangannya di negeri ini "terlewat" dua hari berbanding tempat
lain.
Seorang petugas kaunter yang dikenali sebagai Miza
berkata, bagi slot tayangan tersebut, sebanyak 160 tempat ditawarkan
yang mana lebih 100 telah ditempah.
" Jualan tiket pada sebelah pagi tadi agak perlahan namun keadaan berubah menjelang petang dan malam.
"Bagi slot tayangan tengah malam pula,jualan tiket masih dibuka dan
sehingga sekarang, sebanyak 20 peratus telah dibeli,kikikikikiLu Fikir
La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan