SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 1 September 2013

DIALOG PERPADUAN PUN AGENDA ISRAEL JUGAK???

Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu sahaja sudah mampu membuatkan kita berasa curiga terhadap niat dia yang sebenarnya.......Tak heran la jika semua orang pun akan turut berasa skeptikal terhadap kenyataan dia tu. Tak kira la mereka dari kalangan ahli Politik atau pun rakyat biasa.

Rata - rata menyebut bahawa tindakan Si Ketua Penipu tu merupakan salah satu tindakan terdesak yang terpaksa dilakukan bagi mengelakkan diri dia dipenjarakan.

Lontaran pandangan itu diberikan kerana rayuan kes liwat dia terhadap Saiful bakal dibicarakan semula tidak berapa lama lagi. Dia nak buang peguam pendakwa tak berjaya.



Tinggal lagi, itu bukan sahaja yang menjadi persoalan dikalangan rakyat pada ketika ini. Yang turut dipersoalkan oleh rakyat ialah keakraban dia dengan Yahudi.

Dulu dia pernah sebut pasal isu slogan 1Malaysia yang KONONnya kata dia diciplak dari slogan 1Israel yang dilaksanakan oleh Negara Zionist tu.

Sekarang dia nak cerita pasal One Endless Possibility pulak. Pun dia nak kaitkan perkara tersebut dengan Negara Israel jugak. Tak de modal lain gamaknya.

Apa yang kita herannya, macam mana Si Ketua Penipu tu tau banyak sangat pasal Negara Zionist tu? Mana dia dapat sumber maklumat mengenai perkara tu?

Adakah dia sendiri mempunyai hubungan rapat dengan Negara Yahudi tu secara peribadi seperti mana yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini?

Katanya, Si Ketua Penipu tu ada kaitan dengan beberapa NGO yang mempunyai hubungan rapat dengan Rejim Zionist yang zalim tu secara lansung.

Sehingga artikel ini diterbitkan, Si Ketua Penipu tu masih lagi GAGAL membuktikan bahawa dia tidak ada kaitan lansung dengan pendedahan yang telah dibuat.

Jadi, tak heran la sekiranya idea untuk menganjurkan 'Dialog Perpaduan' yang digembar gemburkan sebelum ini pun datangnya dari Yahudi jugak.

Maka, adalah wajar sekiranya Si Ketua Penipu tu menjelaskan kepada rakyat. Dari mana dia dapat sumber yang dikatakan tepat dari Negara Israel tu?

Adakah sumber tersebut turun dari langit macam hujan duit yang biasanya dia dapat selama hari ini? Kalau setakat pandai desak orang je suruh buat pengakuan, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan