SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 3 September 2013

Apa Tindakan Paling Wajar Dikenakan Pada Puak Kurang Ajar Ini?????


Sehingga saya menulis artikel ini, difahamkan Hishamuddin Rais dan Adam Adli sedang ditahan di Balai Polis (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan mengibarkan bendera “Sang Saka Malaya” pada malam kemerdekaan baru-baru ini.......Selain Isham Rais dan Adam Adli, turut dikatakan terlibat mengibarkan bendera “songsang” itu ialah Sasterawan Negara, A Samad Said, yang mendeklamasikan sebuah sajak yang dia sendiri saja yang faham pada malam tersebut. Namun dia dikhabarkan belum ditahan polis…

Ramai benar rakyat yang marah pada geng “sesat” dan tidak tahu sejarah itu. Yang paling marah ialah pakar-pakar sejarah negara seperti Prof Datuk Ramlah Adam, Prof Madya Dr Sivamurugan dan pelbagai pihak yang mengecam tindakan bodoh tersebut.

Boleh dikatakan majoriti rakyat yang prihatin mahu kumpulan biadap yang mencemarkan malam ambang merdeka itu dikenakan tindakan tegas. Paling berat, mereka mengesyorkan agar geng kurang ajar itu dilucutkan kerakyatannya.



Saya pernah mengesyorkan perkara yang sama pada pihak yang biadap dan derhaka pada institusi DiRaja serta kedaulatan negara bagi beberapa insiden terlampau sebelum ini.

Namun saya difahamkan hukuman itu agak sukar dilaksanakan ekoran tiada peruntukan perundangan yang bersesuaian. Malah ada juga yang yang mengatakan kerakyatan yang diberi tidak boleh dilucutkan mengikut perlembagaan negara. Entahlah…

Di sebalik insiden kibarkan bendera “Sang Saka Malaya” itu, saya difahamkan bendera tersebut dicipta pada era tahun 1940’an. Jika benarlah begitu, maka saya simpulkan ia wujud sebelum zaman merdeka, bukan?

Jadi, apakah perjuangan yang diperjuangkan dengan tindakan mengibarkan “Sang Saka Malaya”? Apakah mereka menganggap perlembagaan belum digubal dan Malaysia yang bernama Persekutuan Tanah Melayu ketika itu belum lagi merdeka?

Apakah mereka mahu negara ini kembali ke zaman sebelum merdeka semula dan mahu menukar bendera Malaysia kepada bendera yang dianggap lebih sesuai? Itukah yang dimahukan Isham Rais, Adam Adli, Pak Samad Janggut dan puak pembangkang?

Jika alang-alang mahu undur kembali semula ke zaman sebelum merdeka, rasanya saya boleh bersetuju sekiranya mereka juga bersetuju supaya beberapa perkara di dalam perlembagaan dimaktubkan kembali, boleh?

Antaranya, saya mahu supaya orang Cina dan India, atau mana-mana golongan bukan bumiputera dikembalikan ke negara asal mereka, setuju? Jika mereka tetap mahu berada di Tanah Melayu ini, mereka wajib memohon visa atau passport sebagaimana pekerja asing yang lain, setuju?

Selain itu, segala hak dan pemberian yang diberikan pada golongan bukan bumiputera itu perlu dikembalikan semula serta mereka tiada hak untuk menuntut sebarang hak lagi di negara ini, setuju?

Itu baru sedikit saja perubahan yang saya mahu dan saya yakin bahawa ramai lagi bumiputera seperti saya yang mempunyai cadangan-cadangan bernas untuk membentuk perlembagaan baru, bukan?

Itupun kalau Isham Rais, Adam Adli, Pak Samad Janggut dan puak Pakatan Haram mahu tukar bendera rasmi negaralah. Kalau tak sanggup ikut syarat yang ditetapkan, tak payahlah tunjuk hero di malam merdeka dengan mengibarkan bendera yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia.

Saya tak tahu warganegara jenis apakah mereka-mereka yang biadap itu. Mungkin mereka tak ada kerja lain di malam merdeka, maka mereka sengaja berlaku biadap pada kedaulatan negara. Kalau tidak biadap dalam sebulan, bukan Pakatan Haram namanya…

Saya kurang pasti, apakah hukuman yang wajar dikenakan pada mereka yang tidak taat pada rukunegara. Di dalam solat, jika tidak patuh pada rukunnya maka solatnya dianggap tidak sah. Apakah wajar kewarganegaraan puak-puak biadap ini juga dianggap tidak sah dari sudut perlembagaan?

Harap-harap pihak berkuasa mampu mengenakan hukuman yang setimpal pada pengkhianat dan puak-puak kurang ajar tersebut. Mereka perlu diajar sebagai pengajaran berguna pada puak-puak yang cuba berkurang ajar pada masa yang akan datang, setuju?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan