SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 1 September 2013

Ahli Majlis Tertinggi UMNO ragui cadangan Anwar DajjaL nak dailog dengan kerajaan????


Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat telah mencapai keputusan kolektif berhubung cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kerajaan segera mengadakan dialog terbuka dengan pembangkang bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan'.....Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu itu antara yang dibincang dalam mesyuarat berkenaan....Namun beliau memberitahu keputusannya akan diumumkan Perdana Menteri dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib tidak dapat mengadakan sidang akhbar seperti kebiasaan selepas mesyuarat itu kerana terpaksa bergegas untuk hadir acara di Melaka.

"Bagaimanapun disebabkan presiden terpaksa bergegas ke Melaka kami tidak mengadakan sidang akhbar, jadi tidak sesuai untuk saya bercakap (apa-apa mengenainya)," kata Hishamuddin kepada wartawan selepas mesyuarat itu di Menara Dato Onn.

Anwar, yang juga Penasihat PKR membuat cadangan dailog anatra kerajaan dan pembangkang itu dalam perutusan sempena hari Merdeka.



Bagaimanapun, katanya seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

Dalam pada itu kalangan ahli Majlis Tertinggi UMNO menyuarakan kemusykilan terhadap niat sebenar usul itu dikemukakan setelah sekian lama Anwar mengambil pendekatan tidak berkompromi dengan sebarang rundingan dengan Umno.

Hishamuddin mempersoalkan sama ada cadangan Anwar itu merupakan keputusan kolektif bersama parti lain yang membentuk pakatan pembangkang itu.

"Kita tekad keputusan yang dibuat adalah tanggungjawab bersama, tapi adakah bila Anwar buat cadangan itu merupakan 'collective responsibility'," katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan cadangan Anwar itu sebagai satu tindakan terdesak.

Beliau berkata Anwar semakin ketandusan idea setelah usahanya mengadakan demonstrasi menentang keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak membuahkan hasil bahkan keputusan mahkamah berhubung petisyen pilihan raya juga tidak memihak kepada pembangkang.

"Kita sentiasa terbuka tetapi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelah selesai PRU13, beliau menyeru kepada perpaduan nasional, ketika itu tiada usaha daripada ketua pembangkang sebaliknya diadakan beberapa siri demonstrasi, pertikaian keputusan PRU13 sehingga masuk mahkamah.

"Kita tidak ada masalah untuk berdialog tetapi jangan cuba menampakkan beliaulah (Anwar) yang nak menyatupadukan negara ini. Kita kena tahu apakah terma rujukan dialog itu, nak ada dialog mesti ikhlas," katanya.

Turut musykil dengan niat cadangan itu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang menyifatkan Anwar sebagai 'semakin terdesak' apabila mengemukakan cadangan itu.

Menyifatkan perkara itu tidak perlu disegerakan, Mukhriz mencadangkan Anwar membawa perkara itu ke parlimen sekiranya beliau benar-benar serius dengan cadangannya itu.

"Bangkit dalam parlimen sebab kita selalu bersifat reconciliatory (berdamai) selepas pilihan raya tapi tak disambut malah dituduh dengan pelbagai kecaman. Bila didapati dalam petisyen semua kalah, baru nak buat tawaran seperti ini. Saya rasa itu kita tak boleh terima," katanya.

Ketua Pergerakan Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut mempersoalkan motif ketua pembangkang mengemukakan cadangan untuk berdialog dengan kerajaan.

Beliau berkata Anwar selama ini mengambil pendekatan menolak sebarang cadangan untuk berbincang mengenai isu parti dan negara walaupun perdana menteri membangkitkan perkara itu beberapa kali.

"Saya melihat beliau agak terlewat membawa isu ini. Sepatutnya isu ini sudah dibincang lebih awal lagi. Kita juga kena lihat sikap pembangkang apabila perkara yang membawa keuntungan kepada mereka, mereka akan cadangkan. Kalau ia tak menguntungkan, mereka akan menentang dan seterusnya memberikan macam-macam alasan.

"Venue yang paling sesuai adalah parlimen untuk kita membincangkan agenda-agenda yang penting berkaitan negara," katanya yang bersikap terbuka dengan cadangan itu dan berkata kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menolak apa-apa perkara yang membawa kebaikan kepada parti serta negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan