Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy supaya jangan masuk campur hal Polis.
“Jangan masuk campur urusan Polis. Polis perlu diberi ruang menjalankan kerja mereka,” kata Zahid kepada pemberita.
Beliau turut menasihat Timbalan Menteri tersebut supaya tidak membuat
sebarang kenyataan yang bertentangan dengan polisi kerajaan.
“He (Waytha Moorthy) should not continue to regard himself as the leader
of a non-governmental organisation. He should not be thinking like the
leader of Hindraf (Hindu Rights Action Force).
Ahmad Zahid
berkata demikian ketika diminta memberi komen mengenai kenyataan Waytha
Moorthy yang mempersoal dan mempertikai penerangan Polis mengenai
kejadian lima orang penjayah kongsi gelap di tembak mati di Pulau Pinang
Isnin lalu.
Waytha Moorthy dilaporkan berkata Polis menembak
dengan tujuan membunuh kelima-lima penjenayah tersebut dan medesak
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengadakan inkues bagi
menentukan sebab kematian.
Isnin lalu, Polis menembak mati lima
orang penjenayah yang dipercayai terbabit dalam beberapa pembunuhan di
Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan