Senada dengan ‘bos’nya, Setiausaha DAP Sarawak,
Violet Yong menganggap laporan polis yang dibuat Ketua Pemuda UMNO,
Khairy Jamaluddin semalan sebagai sia-sia sahaja...Ini kerana DAP
Sarawak tetap menyokong kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng
Jen bahawa “akhir-akhir ini pihak tertentu dalam BN
termasuk Zahid (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)
menggunakan peningkatan kadar jenayah dan insiden tembak sebagai alasan
untuk memperkenalkan semula undang-undang pencegahan seperti EO.
Seolah-olah mengelak tuduhan Khairy itu, Violet Yong menggesa BN
melihat isu sebenar yang cuba dibangkitkan oleh Chong berhubung kadar
jenayah yang semakin membimbangkan. Dan, bukan melihat secara asas apa
yang diperkatakan Chong.
Violet Yong juga mengesyaki laporan
polis itu dibuat adalah demi kepentingan politiknya memandangkan
pemilihan UMNO bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Saya tidak terkejut dengan tindakan Khairy ini memandangkan pemilihan UMNO bakal diadakan tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Violet turut mempersoalkan mengapa kerajaan perlu
menggunakan Ordinan Darurat (EO) untuk menangani jenayah. Dengan
membandingkan negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand tidak
perlu menggunakan undang-undang yang sama untuk memastikan keselamatan
masyarakatnya.
“Adakah polis tidak berguna lagi hingga kita
perlu bergantung kepada EO untuk menangkap penjenayah? Di Malaysia,
kadar jenayah semakin meningkat tetapi keupayaan polis semakin menurun,”
tambahnya.
Menjadi permainan pemimpin DAP yang lidah bercabang
dengan sanggup memperjudikan keselamatan negara. Kini, baharulah
pemimpin BN Pusat sedar bahawa pemimpin DAP Sarawak tidak kurang
hebatnya dengan pemimpin DAP di Semenanjung mengenai persepsi lidah
bercabang mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan