SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 25 Ogos 2013

TONY PUA PHOBIA BILA TANDA PUTERA DILULUSKAN TAYANGAN???


Filem Tanda Putera sebelum ini telah ditangguhkan tayangannya ekoran Finas menerima bantahan dari DAP yang mendakwa filem tersebut mampu menimbulkan ketegangan kaum, khususnya masyarakat Cina di Malaysia.

Meskipun filem tersebut diadaptasi berdasarkan sejarah negara kita dan hanya diolah kembali oleh pengarahnya, Suhaimi Baba, pihak DAP tetap mahu filem itu tidak ditayangkan serta dikaji semula penerbitannya untuk tontonan umum.

Ya. Kali pertama, bantahan mereka itu berjaya menyekat tayangan filem tersebut. Mungkin ada segelintir masyarakat Cina “lama” yang risau “kisah sebenar” mereka terbongkar diketahui oleh generasi muda Cina yang kini berjaya dihasut supaya bersikap “chaunivis ultra kiasu”.

Mungkin juga mereka takut sekiranya seluruh golongan muda di Malaysia dapat tahu mengenai “tembelang” mereka yang pernah menjadi di antara faktor utama tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dulu…

Benar. Filem Tanda Putera telah ditarik balik oleh Finas untuk dikaji semula penayangannya. Setelah ditangguh untuk beberapa lama, akhirnya filem itu dibenarkan tayangannya pada 29 Ogos ini. Saya yakin, DAP bakal “menyalak” lagi.

Tidak silap jangkaan saya, Tony Pua adalah individu pertama yang bising “menyalak”. Katanya, dia tidak punya sebarang masalah sekiranya filem tersebut diletakkan di bawah kategori “cereka fiksyen”.

Apa yang Tony Pua mahu, kononnya filem itu hanyalah “rekaan semata-mata” dan bukannya berdasarkan fakta sejarah sebenar?

Saya tertanya-tanya, apakah Tony tahu dan sudah menonton filem Tanda Putera yang telah dikaji semula oleh Finas itu? Apakah dia fikir Finas memanggil Mr Bean atau James Bond yang tak tahu menahu mengenai sejarah Malaya untuk mengkaji filem itu semula?

Pada hemat saya, Tony Pua tak tahu apa yang dia katakan. Asalkan namanya “Tanda Putera”, dia akan tentang habis-habisan dan mahu filem itu tidak ditayangkan sama sekali kepada rakyat Malaysia. Biasalah.

Memang itu sikap “chauvinis ultra kiasu” di zaman ini. Hanya tengok pada tajuk dan mereka tak tahu apa-apa pun mengenainya, tapi mereka tetap mahu bercakap mengenainya walaupun tanpa sebarang fakta atas asas yang kukuh.

Saya yakin, Finas memanggil pakar-pakar sejarah dan mungkin memanggil wakil dari masyarakat Cina untuk mengadili filem Tanda Putera. Mereka teliti filem itu habis-habisan sebelum ia dibenarkan untuk ditayang.

Pada saya, itu perkara normal bagi mereka yang memang kurang teliti sebelum ini. Teruk mereka dihentam ekoran tindakan meluluskan filem “tipu sejarah”, The New Village”, sudah tentu mereka tak mahu dihentam lagi kerana Tanda Putera, bukan?

Jadi, apa yang perlu Tony Pua takut pada Tanda Putera? Mengapa perlu diubah kategorinya di bawah jenis filem cereka? Saya yakin filem itu penuh dengan fakta-fakta sejarah yang benar dan dipersetujui ahli-ahli sejarah. Siapa Tony untuk mempertikai statusnya?

Jelek benar perangai Tony dan DAP. Mereka takut pada kebenaran, tapi mereka suka pula pada cerita tipu seperti The New Village. Apakah mereka cuba menghasut minda rakyat Malaysia dengan cara pemikiran bodoh mereka itu?

Pada saya, tindakan DAP itu akan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang tidak sihat. Mereka “sakit” kerana percayakan pembohongan dan tidak percaya pada kebenaran. Persoalannya, apakah rakyat Malaysia rela didoktrin begitu?

Justeru itu, saya menyarankan pada Tony Pua supaya diam saja dah usah banyak bicara. Dia bukan Finas dan dia pun belum pernah menonton filem Tanda Putera yang telah dikaji semula itu. Kalau nak tahu kebenaran, tontonlah sendiri pada 29 Ogos nanti,kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan