SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

TERBUKTI RAFIZI LEMBU SUKA BUAT CERITA FITNAH...???

Takut disaman RM 10 juta, Rafizi Ramli menarik balik kenyataan di blognya yang konon memfitnah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung pemilikan saham yang di dakwa ke atasnya dalam syarikat Bouestead yang mempunyai kontrak dengan Kementerian Pertahanan dimana Zahid pernah menjadi menterinya dulu....Macamlah dalam negara ini pernah ada kes dimana Mahkamah memutuskan supaya responden yang didapati bersalah dalam apa-apa kes saman, membayar jumlah sama seperti yang dituntut plaintif.

Dulu bukan main heboh lagi Rafizi dengan dakwaan

Semua penyokong Pakatan Rakyat melihat tindakan ini sebagai satu tinddakan yang benar-benar memalukan Pakatan Rakyat. Geramnya aku sehingga hampir saja aku bersetuju dengan label yang dibubuh orang UMNO bahawa Rafizi bukan Ahli Parlimen Pandan tapi ahli Parlimen Pondan!!

Apa yang Rafizi takut sangat? Patutnya biar Mahkamah yang putuskan sama ada kenyataan itu fitnah atau tidak, bukan Rafizi tarik balik kenyataan tersebut. Makin besar kepala lah Zahid Hamidi lepas ni sebab dia boleh buat strategis Pakatan Rakyat macam Rafizi tarik balik kenyataan dalam blog.

Ini baru satu kes saman, Rafizi ada berderet lagi kes saman di belakang (paling banyak dari NFC), tidak termasuk satu pertuduhan jenayah dibawah Akta BAFIA. Kalau dalam satu kes ini pun sudah tarik 'hand-brake', cuba bayangkan apa kesudahannya dalam kes-kes Mahkamah lain yang disebutkan di atas.

Jelas kelihatan disitu bahawa Rafizi tidak punyai kekuatan dalaman yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang baik, tegas dan berani. Dia mudah takut, gelabah, tidak seperti mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Masalahnya, tindakan Rafizi telah menyebabkan semua penyokong Pakatan Rakyat (termasuk aku sendiri) yang menggunakan maklumat dari blognya itu untuk menghentam Zahid, kini berada dalam keadaan serba salah kerana pada bila-bila masa dari sekarang akan dituduh sebagai penipu oleh blogger UMNO.

Itu belum lagi disebutkan bagaiman kredebiliti Rafizi sebagai 'scandal buster' tersohor di Malaysia ini akan tercalar akibat tindakannya menarik balik kenyataan ke atas Zahid ini.

Aku tak pastilah siapa yang nak percayakan Rafizi lepas ni dan sama ada Pakatan Rakyat akan terus mempunyai kredebiliti bila membawa ke tengah isu-isu berkaitan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan pemimpin UMNO kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan