SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 29 Ogos 2013

SEGAGAP-GAGAP KHALID IBRAHIM, LENCUN ANWAR IBRAHIM KENA KENCINGNYA????

Jangan pandang Khalid Ibrahim sebelah mata. Walaupun kononnya dia hanya pakar dalam bidang korporat terutama sekali dalam bab menyonglap harta-harta negeri menerusi kaedah yang dibenarkan sampai tak boleh didakwa dan disentuh oleh SPRM, dalam bab politik pun Khalid Ibrahim hebat juga.....Nyata, perkembangan terbaru di Selangor membenarkan cakap-cakap sebelum ini yang menyatakan PKR Selangor sedang berpecah teruk sampai ke akar umbi. Kemenangan kali kedua di Selangor, menyebabkan manusia di dalam PKR menjadi bertambah tamak dan saling berbunuhan sesama sendiri.

Antara musuh utama Anwar Ibrahim di Selangor adalah FAEKAH HUSIN, SETPOL Khalid Ibrahim yang juga sekutu kuat Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR sendiri.


Mesyuarat Biro Politik PKR tiga bulan lepas yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim telah memutuskan, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor, perlu dan wajib memecat Setiausaha Politiknya, Faekah Husin. Alasan pemecatan tersebut, Faekah Husin sudah jadi manusia yang cacing naik ke mata. Lebih sudu dari kuah. Lebih laju dari lajak.

Demi kepentingannya, Khalid Ibrahim akur dengan arahan Anwar Ibrahim itu. Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak bernama Azman dan seorang lelaki bernama Haji Mustafa telah dilantik menggantikan Faekah. Azman sebelum ini adalah Pegawai Khas Khalid Ibrahim yang menjaga Bandar Tun Razak.

Sebenarnya, Khalid Ibrahim hanya melakukan pertukaran nama jawatan, bukan jawatan. Azman diberikan jawatan sebagai SETIAUSAHA POLITIK - BANDAR TUN RAZAK, manakala Haji Mustafa pula sebagai SETIAUSAHA POLITIK - PEGAWAI KHAS. Tugas dan bidang kuasa kedua-dua orang berkenaan tetap sama seperti sebelum ini, tetapi diberi nama SETIAUSAHA POLITIK semata-mata untuk mengaburi dan memuaskan hati Anwar Ibrahim.

Arahan daripada Biro Politik PKR supaya melantik Hamidi Hassan, Naib Pengerusi PKR Negeri sebagai SETPOL, tidak dipenuhi oleh Khalid dengan alasan-alasannya yang tersendiri dan unik. Namun, semua orang juga tahu, halangan dan alasan sebenar adalah FAEKAH HUSIN.

Yang Anwar Ibrahim tidak tahu dan tidak sangka ialah, Faekah Husin akan dilantik sebagai CEO MBI dan akan diumumkan pada minggu hadapan. Tetapi kalau Anwar tahu pun, dia akan pura-pura tidak terperanjat dan bercakap besar, konon-kononnya dialah yang mengarahkan agar Faekah Husin dilantik ke jawatan itu.

Menariknya, ada ADUN PKR Selangor yang mengesyaki, semua tindakan Khalid Ibrahim itu adalah sandiwara Anwar Ibrahim semata-mata. Tujuannya ialah supaya mengaburi dan memesongkan tanggapan serta perasaan tidak puas hati terhadap Khalid Ibrahim.

Sesuatu yang sangat pasti ialah, Faekah Husin dan Wan Azizah sedang berusaha untuk mengangkat Khalid Ibrahim sebagai Presiden PKR. Tempoh perjawatan Wan Azizah selaku Presiden PKR akan tamat pada Pemilihan PKR yang dijangkakan pada bulan Februari atau Mac 2014.

Perlembagaan PKR menghadkan tempoh perjawatan Presiden parti hanya boleh dipegang oleh seseorang selama tiga penggal sahaja.

Selain Wan Azizah dan Faekah, tidak mustahil juga Anwar Ibrahim sendiri mahukan jawatan Presiden disandang oleh Khalid Ibrahim. Sebabnya, sudah ada persetujuan dan perancangan, selepas dua penggal, Khalid akan melepaskan jawatan itu kepada Nurul Izzah, anak sulung Wan Azizah dan Anwar yang sekarang ini berjawatan Naib Presiden.

Nurul Izzah sedang membina empayarnya yang tersendiri terutama dengan bantuan Tian Chua dan Nik Nazmi serta lebih kerap ditonjolkan oleh media pro-Pakatan berbanding Azmin Ali, saingan dan musuh utama Nurul Izzah dalam PKR. Sewaktu pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR dahulu, Nurul Izzah menyebelahi Zaid Ibrahim berbanding Azmin Ali walaupun akhirnya Zaid Ibrahim kalah dan meninggalkan PKR kerana malu.

Manakala Khalid Ibrahim pula turut mengukuhkan kedudukannya di Selangor menerusi amalan NEPOTISME MELAMPAU dengan melantik penyokong-penyokongnya dari Guthrie serta individu-individu yang sentiasa akur dengan arahannya sahaja pentadbiran negeri Selangor.

Adalah difahamkan salah seorang Pegawai Khas Khalid Ibrahim adalah bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar yang pernah mencetuskan kontroversi, kononnya BN akan kalah dalam PRU13 tidak lama dahulu.

Sesuatu yang amat menarik tentang Khalid Ibrahim ialah, walaupun dia gagap, TIGA ORANG WANITA yang berada di sekelilingnya iaitu FAEKAH, ARFAEZA DAN RAHIMAH merupakan 'TIGA AHLI SIHIR WANITA' yang paling kuat pengaruh dan cengkaman mereka ke atas Khalid Ibrahim. Disebabkan ketiga-tiga orang wanita itulah, ramai Wakil Rakyat dari PKR dan DAP serta PAS Selangor mengeluh, mereka sukar hendak berjumpa dengan Menteri Besar Selangor.

Sudah terbukti, Khalid Ibrahim jauh lebih bijak berbanding yang disangka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan