Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,
Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar
Musa dijangka dapat membidas hujah-hujah yang dikemukakan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim....Abdul Aziz membidas sikap Anwar
yang cuba memperlekehkan titah Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah yang meminta agar semua ahli
parlimen menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13)....YB
Pembangkang, persoalannya ialah apakah kita memberikan gambaran yang
Seri Paduka membaca titah tersebut yang Seri Paduka sendiri tidak faham?
“Apakah itu gambarannya apabila Agong membaca titah tersebut yang
daripada kerajaan maksudnya Seri Paduka terpaksa baca, atau dipaksa
baca?
“Kita tiada paksaan dan memang kita boleh bahas, memang
boleh bahas tetapi kata-kata yang memperbodohkan Seri Paduka bahawa
konon-kononnya Seri Paduka hanya membaca memberi gambaran bahawa Seri
Paduka tidak faham apa yang dibaca dan tidak boleh tidak bersetuju
dengan apa yang dibaca?,” katanya ketika membangkitkan soalan tambahan
ketika perbahasan usultitah Yang di Pertuan Agong.
Menurut
Antarapos, Anwar tersentak dengan bidasan itu, sambil berkata, “Perlu
baca sejarah Melayu, sejarah Cina dan sejarah India dengan cukup, jadi
perlu baca Sejarah Melayu dan Perlembagaan. Ucapan titah itu dibuat atas
kerajaan yang memerintah, Allah tak faham susah.”
Bangkit pula
Anuar Musa mempersoalkan niat Anwar yang seolah-olah tidak faham
prosedur yang dilaksanakan berhubung Titah Yang Di Pertuan Agong, walhal
beliau pernah menganggotai kabinet kerajaan.
Menurut Annuar,
bukan soal tidak boleh dibahas Titah Yang Di Pertuan Agong di dalam
Dewan Rakyat, namun yang dibangkitkan adalah komen-komen dalam media
yang memperlekeh ucapan Agong dibuat oleh Barisan Nasional (BN).
Yang dibangkitkan di sini adalah beberapa orang daripada kalangan
pembangkang memberi komentar kepada media dalam bentuk seolah-olah
menghina ucapan Yang di Pertuan Agong.
“Tak perlu Ketua
Pembangkang bergoyah bahawa ucapan itu adalah ucapan yang dibuat oleh
kerajaan dan dibawa kepada Perdana Menteri, lalu secara simboliknya
kemudian diserahkan kepada Ketua Parlimen, tiada siapa mempersoalkan
itu, yang dipertikaikan seolah-olah ucapan itu dibuat oleh Barisan
Nasional?
“Sedangkan Yang di-Pertuan Agong membaca titah ini
atas sifatnya adalah sebahagian daripada Parlimen adalah Yang di-Pertuan
Agong itu yang tidak dihormati pembangkang,”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan