PELIK RAMAI YANG GUNA 4JARI KENAPA RAMAI YANG MEMAKAI GAMBAR PROFILE 4 JARI ??? INI JAWAPAN SEBENAR ....
Bagi majoriti rakyat Mesir terutama yang
tinggal di Cairo,simbol RABIA adalah simbol kumpulan pemberontak dan
pengganas yang mengganggu kehidupan,perniagaan dan keamanan
mereka.Mereka (Rakyat Mesir) tidak suka campurtangan dari luar terutama
dari Turki.Usahlah percaya pada media antarabangsa terutama Al-Jazeera
kerana masa Perhimpunan BERSIH dulu pun mereka melaporkan perkara yang
negatif terhadap Polis dan Kerajaan Malaysia.Mereka lebih suka mendengar
dari mulut pembangkang.Simbol 4 jari pada simbol RABIA itu dicetuskan
oleh Erdogan dan ia adalah signifikan kepada perhimpunan BERSIH 4.0 yang
akan datang,warna pun kuning...Kerana target mereka selepas ini adalah
Malaysia.Seorang pemimpin utama pembangkang juga dilihat semakin kerap
mengunjungi Erdogan.Sebelum ini pun dia pernah lari berlindung di
kedutaan Turki kerana takut ditangkap.Nama Erdogan selalu dijaja di
setiap ceramahnya.Kebangkitan pengikut Morsi semakin membuak-buak
selepas Erdogan menyatakan sokongan terhadap Morsi dengan seruan untuk
mereka berjihad dari setiap penjuru dunia.Himpunan Blackout ternyata
GAGAL,tapi pemimpin utama pembangkang ini bukan jenis yang cepat
mengalah,bayangkan apa jadi jika BERSIH 4.0 nanti Erdogan melakukan
seruan yang sama ? Kesimpulannya,jangan terima sesuatu berita dengan
bulat-bulat tanpa melihat dari kedua-dua belah pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan