
Slogan demi slogan walaupun hakikatnya, kerajaan Pakatan Rakyat hanya hidup dengan slogan semata-mata untuk menagih undi dan sokongan.
Anehnya, para pengikut dan pemercaya Pakatan Rakyat, boleh pulak percaya bahawa segala kerja akan terlaksana hanya menerusi slogan seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat. Kalau slogan menyatakan, PAKATAN RAKYAT ADALAH PEMBELA RAKYAT, bersungguh-sungguh pulak para pecacai cuba meyakinkan yang Pakatan Rakyat memang membela rakyat walaupun hakikatnya yang dibela adalah penjenayah dan kaum kroni mereka. Segala yang berkaitan dengan majoriti rakyat, tidak dipedulikan.
Contoh ketara ialah penurunan kedatangan pelaburan baru di Selangor dan Pulau Pinang sekalipun slogan-slogan yang dipaparkan sangat hebat, seolah-olah DAP dan PKR tersangatlah bagusnya kerana sebelum ini mereka mempunyai wang lebih dalam akaun negeri walaupun hakikatnya, peruntukan tambahan diminta berkali-kali dalam setahun dan aset-aset yang berkaitan dengan warga marhein dan Bumiputera dijual untuk menampung duit dalam akaun negeri.
Sekarang, pecacai Pakatan sedang sibuk dengan slogan ENDLESS POSSIBILITIES yang dikatakan mereka, diciplak daripada Israel. Konon-kononnya, keji sangatlah slogan tersebut. Konon-kononnya juga, slogan itu boleh mendatangkan dosa kepada manusia sekiranya menyokong.
Cakap tarak serupa bikin!
Rakyat Malaysia bukannya bangang sebagaimana yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia celik mata. Kalau setakat disuap dengan slogan, hanya rakyat Pakatan sahaja yang akan terpedaya dan percaya sungguh-sungguh, sedangkan rakyat Malaysia, kalau setakat slogan tetapi tiada kerja-kerja yang sepatutnya, mereka tidak akan peduli dan tak pernah ambil berat pun.
Sudah menjadi trend di negara ini, slogan menjadi makanan asasi rakyat dan kepimpinannya. Namun apabila kaum yang lebih lahap slogannya mencerca slogan pihak lawan dengan mengaitkannya dengan Israel, nampak benar lawak dan tak betulnya.
Kalau dah betul sangat dan tak mahu sangat dikaitkan dengan Israel, mengapa pula segala tuntutan Israel termasuklah mengada-ngadakan cerita untuk menterbalikkan negara ini, termasuklah demonstrasi jalanan dengan simbol tangan digenggam, serangan peribadi dan fitnah berpanjangan seperti dalam kisah Altantuya Shiiribu, tidak pula dihindari. Malah lebih ketara ialah apabila para pemimpin Pakatan sendiri begitu teruja membela penjenayah dan pada masa yang sama, bersungguh-sungguh pula menghentam pihak polis!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan