NGO Islam Tolak Politik Lucah..!!!!

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari Jumaat menyeru parti
politik, pemimpin masyarakat, alim ulama, intelektual, pengamal media
dan rakyat seluruhnya menolak segala perbezaan dan bersatu mendaulatkan
demokrasi yang bersih dan beretika.
Presiden Angkatan Belia
Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan menegaskan perlunya masyarakat
menolak budaya politik fitnah, lucah, samseng dan rasuah yang semakin
kritikal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
"PRU13 tidak sahaja dianggap semata-mata sebagai pertembungan untuk
mengundang populariti dan kejayaan siyasi, sebaliknya pilihan raya ini
memberi makna sangat mendalam ke arah membentuk budaya politik serta
sosio budaya rakyat di negara ini.
"Kita sedar ianya sukar
untuk mengawal perkara ini, sebab itu kita tekankan sikap masyarakat,
mereka perlu menolak, kalau masuk akaun fb (facebook), jangan buka pun,"
kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Abim di sini.
Tambah Amidi, isu politik lucah ini sukar untuk dibuktikan dan meragukan
tetapi lebih rancak dibincangkan daripada perihal polisi negara.
Terbaru, video klip seorang lelaki mirip pemimpin tertinggi PAS sedang
mengadakan hubungan seks bersama dengan seorang wanita didedahkan
beberapa buah blog malam tadi.
Naib Presiden Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (Wadah), Dr Abdul Halim El Muhammady pula menegaskan
masyarakat wajar menolak ahli politik yang moralnya boleh dipertikaikan.
"Sepatutnya amalan politik kita lebih matang dari segi nilai
kemanusiaan, tapi apa yg kita lihat nilai kemanusiaan dan adab semakin
luntur, kekuatan jati diri, karektor melayu muslim semakin terhakis.
"Ahli politik tak bermoral dalam apa konteks kita perlu tolak daripada
dijadikan pemegang amanah," tegasnya yang turut hadir pada sidang media
tersebut.
Jelasnya, amalan politik di negara ini sepatutnya
lebih matang selepas 50 tahun merdeka dan masyarakat seharusnya dididik
untuk membuat pertimbangan yang wajar.
"Tapi apa yang kita
lihat, nilai-nilai murni semakin luntur dan terhakis...masyarakat perlu
menolak amalan yang sedemikian," tegas beliau.
Dalam
perkembangan lain, Amidi menjelaskan, Abim tidak menghantar calon untuk
bertanding di dalam pilihan raya akan datang kerana tertakluk kepada
undang-undang.
"Abim tertakluk di bawah (undang-undang)
pendaftar pertubuhan belia...keahlian berumur 40 ke bawah...selepas itu,
mereka boleh bertanding mana-mana parti.
"Kita ada beberapa
contoh bekas ahli Abim menjadi calon seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim
(PKR), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Ahmad Maslan (Umno),
Datuk Saifudin Abdullah (Umno) dan beberapa nama lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan