SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

NASHARUDDIN MAT ISA DIPUJUK MASUK UMNO DAN BERTANDING SEBAGAI NAIB PRESIDEN????

Tiba-tiba sahaja angin tenggara berhembus kuat membisikkan cerita yang tidak terjangka sama sekali. Kemenangan pusingan pertama umat Islam ke atas Gereja Katholik berhubung KALIMAH ALLAH turut menaikkan nama bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.....Nasharuddin Mat Isa atau lebih dikenali sebagai Ustaz Nasha merupakan antara figur yang memperjuangkan hak umat Islam di negara ini sehingga akhirnya dia kehilangan jawatan sekalipun tidak diterajang keluar oleh PAS secara rasmi.

Salah seorang lagi 'rakannya' adalah Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor. Bagaimanapun, Hasan Ali dalam cubaannya yang gagal untuk meletakkan harga tinggi ketika PRU13 lalu, kurang mendapat perhatian berbanding Nasharuddin Mat Isa.

Menurut orang yang empunya cerita, sudah ada pasukan yang ditugaskan untuk berbisik kepada Nasharuddin Mat Isa agar melupakan baiah dan takliq cerai talaq tiga yang menjadi pegangan para pemimpin PAS memandangkan takliq dan baiah tersebut tidak sah menurut ajaran Islam.

Nasharuddin cuba dipujuk untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO serta mengambil bahagian dalam perebutan jawatan Naib Presiden di mana Nasharuddin dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah memandangkan trend sekarang adalah ORANG AGAMA.

Bagaimanapun, kami di TFK difahamkan, Nasharuddin tidak memberikan sebarang respons berhubung pujukan tersebut.

Nasharuddin masih kekal sebagai ahli PAS biasa sehingga kini. Bagaimanapun, Nasharuddin Mat Isa mempunyai 'peranan' tersendiri dalam UMNO dan PAS walaupun dari segi luaran, Nasharuddin Mat Isa masih ahli PAS.

Ramai yang membuat kesimpulan, Nasharuddin Mat Isa sengaja dibiarkan lepas bebas oleh PAS untuk berfungsi sebagai 'JAMBATAN' antara UMNO dan PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan