SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

Mengapa Jenayah Begitu Sinonim Dengan DAP?????

Sejak kejadian tembak menembak yang menyaksikan “taiko-taiko” geng 04 tumpas di Pulau Pinang baru-baru ini, pihak PDRM mempergiatkan operasi membanteras aktiviti-aktiviti jenayah di seluruh negara.
Sejak Sabtu lalu, dilaporkan beratus-ratus suspek telah ditahan pihak berkuasa di dalam operasi-operasi yang telah dijalankan secara bersepadu di setiap negeri, termasuk yang terlibat dengan jenayah dan pelbagai kesalahan lain.

Nampaknya pihak PDRM benar-benar serius. Ops Cantas dilaksanakan demi mengurangkan kadar jenayah sejak fenomena tembak menembak berlaku di negara kita hampir setiap hari.

Sekonyong-konyong itu, puak pembangkang cuba “menangguk di air yang keruh”. Kononnya Malaysia tidak lagi selamat. Johor dicop Guan Eng sebagai negeri penjenayah. Macamlah Pulau Pinang itu “suci sesuci”nya…Lima orang penjenayah ditembak mati, dan DAP menawarkan diri menjadi pembela mendiang-mendiang penjenayah itu. Rayer kata, mereka bukan penjenayah atau “gangster”, padahal di kereta mayat pun tertera angka “04”! Apa tandanya?

Pada hemat saya, Ops Cantas yang dilaksanakan pihak PDRM akan dikritik puak pembangkang tidak lama lagi. Maklumlah, mungkin mereka risau “konco-konco” yang menaja mereka sudah tidak bebas lagi berkeliaran mencari mangsa dan berbuat sesuka hati…

Bila kegiatan kongsi gelap diganggu, sudah tentu kurang “masyuk” dan “taiko-taiko” mereka susah dari makan. Perkara itu akan menyebabkan dana tajaan yang masuk ke poket pihak tertentu berkurangan, bukan?

Sebenarnya, saya belum pernah jumpa lagi ahli politik di negara lain yang membela penjenayah secara terbuka seperti DAP. Mereka betul-betul “hebat” kerana mampu menunjukkan “warna sebenar” mereka dikhalayak umum.

Namun saya bangga, Ketua Polis Negara bukanlah seorang yang pengecut dalam tindakannya menjaga keamanan dan keselamatan negara. Tan Sri Khalid Abu Bakar tegas memerangi penjenayah dan tidak akan membenarkan mereka berbuat sesuka hati di Malaysia.

Dulu, Wee Choo Keong pernah mengaitkan pemimpin DAP mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan “gangsterisme” dan kegiatan kongsi gelap. Malah kes kematian Teoh Beng Hock hampir menemukan pihak berkuasa dengan kegiatan haram di dalam parti “chauvinis ultra kiasu” itu....Namun mungkin dia diugut dan keselamatannya terancam, mulutnya bagaikan terkunci rapat. Entah bila dia akan berani membuka mulutnya semula. Tapi beranikah dia?

Justeru itu, saya menyarankan agar pihak PDRM menjalankan siasatan secara terperinci terhadap DAP dan hubung kait parti itu dengan kegiatan kongsi gelap di negara kita. Bukanlah sengaja mahu menganiaya, tapi banyak sangat desas-desus mengaitkan parti itu dengan kegiatan kongsi gelap!

Bukan apa, saya tidak mahu sebuah parti politik yang kononnya menjaja diri sebagai “bersih” dan “telus” di depan rakyat, tapi padahal penuh dengan segala “keharam jadahan” tahap melampau sehingga merosakkan keamanan dan keselamatan negara.

Sekiranya siasatan pihak PDRM terhadap DAP itu mendapati parti tersebut punya kaitan dengan kegiatan jenayah, maka dengan bukti yang ada, ambil saja tindakan sewajarnya. Usah gentar dengan ugutan politik ganas mereka. Saya yakin, majoriti rakyat teguh bersama PDRM…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan