SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 22 Ogos 2013

Mahkamah Benarkan Rayuan Untuk Halang Penggunaan Nama Allah Dalam Kitab Bible Bahasa Melayu??

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Illahi kerana penantian yang mendebarkan berakhir jua apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya membuat keputusan menolak permohonan Gereja Kristian untuk membatalkan rayuan Kerajaan & Majlis Agama Islam dalam isu penggunaan kalimah Allah S.W.T.

Keputusan ini boleh ditakrifkan sebagai satu kemenangan bermakna dan melegakan, pun begitu bukan pula bermaksud segalanya sudah selesai kerana pada 10 September 2013 nanti satu perbicaraan rayuan kes induk akan berlangsung.

Masih ada liku-liku dan onak durinya yang perlu ditempuhi sementara mencapai kejayaan muktamad yang diharapkan kelak akan menguburkan terus cubaan dakyah oleh gereja Kristian yang cuba mencemar kesucian kalimah Allah S.W.T dengan konsep ketuhanan triniti.

Kepada semua muslimin dan muslimat yang istiqamah memberi sokongan moral, teruskan doa anda sambil itu jangan lupa mantapkan lagi penerangan isu ini demi memastikan kesucian kalimah Allah S.W.T terpelihara dan kepentingan akidah Islam terjaga.

Sesungguhnya Allah S.W.T tetap Tuhan Yang Maha Esa yakni satu-satunya Tuhan Yang disembah, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Laknatlah ke atas siapa jua yang mahu menyekutukan keEsaan Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan