Mahkamah Sesyen di sini hari
ini menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes tiga atlet
bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 yang didakwa merogol
seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, bulan lepas.....Hakim
Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya
Tan Gin Han memaklumkan pihaknya masih belum menerima laporan forensik, perubatan, dan kimia berhubung kes itu.
Pada 11 Julai lepas, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad
Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, mengaku tidak bersalah
atas tuduhan merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara 4 pagi hingga 4.10
pagi, 4 Julai lepas.
Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita
itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada 4.05 pagi dan Adib Adha
pula 4.10 pagi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh
dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Megat Farzeril dan
Mohammad Shaizzad diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris manakala
Adib Adha diwakili peguam Stephanie Wong.
Bila sebut bulan September ni, teringat pulak kita kepada Si Ketua Penipu tu ye. Sebab dia la sambutan Hari Malaysia tercemar.
Jadi, kita jangan lupa mengingatkan diri sendiri mengenai tragedi 16
September yang diwar - warkan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini.
Sejak dari tarikh itu la dia dikenali sebagai Si Ketua Penipu!!! Habis
satu dunia dia kencing kata dia dapat merampas Putrajaya. Penyudahnya,
sampai hari ni meroyan je la dia tak tentu arah!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan