SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

KEPUTUSAN BEBASKAN SUSPEK PEMBUNUH ALTANTUYA SHIIRIBU BUATKAN PAKATAN BERTEMPIK SORAK???

Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan seorang pegawai dan anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) daripada hukuman gantung sampai mati dan membatalkan sabitan kes bunuh terhadap mereka. Mahkamah Rayuan telah menerima rayuan yang difailkan oleh Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri serta membebaskan kedua-duanya.

Pada 10 Jun, Mahkamah Rayuan membenarkan Sirul Azhar untuk memasukkan dua alasan baru termasuklah bantahan dalam usahanya untuk mengisytiharkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah adalah perbicaraan silap.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada tahun 2008 kerana membunuh Altantuya, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10:00 malam 19 Oktober dan 1:00 pagi 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang didakwa kerana bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah memutuskan, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes Prima Facie terhadapnya.

Ini keputusan yang ditunggu-tunggu oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Fitnah terhadap Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansur untuk dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya akan diperhebatkan. Versi cerita asal Anwar Ibrahim dan konco-konconya ialah, Rosmah Mansor sendiri yang membunuh Altantuya Shiiribu sekalipun pada waktu berkenaan, Rosmah dan Najib berada dalam satu program rasmi.

Jasbir Singh Chal baru-baru ini mengesahkan, Najib Abdul Razak tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan Altantuya Shiiribu. Manakala penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin yang memulakan cerita tersebut setelah diupah untuk menulis oleh pihak yang telah dikenalpasti dengan salah seorang daripada mereka bertindak sebagai penggembur dan penyubur cerita menerusi kempen dan ceramah berterusan, turut menafikan pembabitan Rosmah Mansur dan Najib Abdul Razak dalam kes pembunuhan tersebut.

Tidak syak lagi, pembebasan kedua-dua orang suspek tersebut adalah disebabkan TEKNIKAL dan bukannya FAKTA sebagaimana yang berlaku kepada Anwar Ibrahim dalam kes liwat. Kalau Anwar boleh dibebaskan hanya kerana TEKNIKAL dan taktik tangguh-menangguh, sedangkan mangsa yang diliwat adalah kredibel serta saksi-saksi termasuklah bukti-bukti klinikal menunjukkan kaitan jelas perbuatan songsang Anwar Ibrahim, ditambah pula dengan pengakuan peguambela Anwar Ibrahim sendiri di mahkamah bahawa liwat itu berlaku kerana SUKA SAMA SUKA, mengapa pula pembebasan Sirul dan Azilah dipertikaikan?

Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan masih boleh merayu keputusan kes tersebut pada Jumaat ini di Mahkamah Persekutuan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan