DAP menerusi R.S.N Rayer, ADUN Seri Delima cuba
menjadikan isu kematian lima orang GANG 04 sebagai isu perkauman dan
cubaan menyalahkan pihak polis. DAP menerusi perancangan yang sangat
rapi, telah melihat isu ini sebagai isu terbaik untuk mengalihkan
perhatian daripada masalah yang sedang membelenggu parti tersebut. Pada
masa yang sama, ini merupakan isu yang terbaik untuk mendapatkan semula
pengaruh serta sokongan daripada masyarakat India.Kesemua lima mayat GANG 04 yang ditembak mati di sebuah apartment awal pagi tadi telah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing. Mayat terakhir telah dituntut dan dibawa keluar dari bilik mayat pada pukul 10:10 malam.
Biarpun keadaan terkawal dan tiada rusuhan, namun 4 laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga si mati di Balai Polis Jalan Patani. Laporan polis telah dideraf oleh R.S.N Rayer, ADUN Seri Delima. Kesemua laporan polis yang dibuat, sama sahaja isu kandungannya iaitu mereka tidak berpuas hati dengan tindakan polis menembak mati kelima-lima anggota GANG 04 itu.
Dalam laporan itu juga, mereka mengatakan berdasarkan kepada kesan-kesan tembakan pada mayat suami dan anak lelaki mereka itu, ahli-ahli keluarga mereka menyatakan bahawa anggota-anggota GANG 04 itu telah dibunuh DENGAN SENGAJA oleh pihak polis.
Mereka juga tidak berpuas hati dengan sidang akhbar yang diadakan oleh pihak polis yang mengatakan kesemua si mati itu terlibat dalam aktiviti kongsi gelap. Sebaliknya mereka mahu pihak yang bertanggungjawab atas kematian kelima-lima anggota GANG 04 itu diheret ke mahkamah dan didakwa atas kesalahan membunuh.
Empat orang yang membuat aduan itu adalah:
(a) Murugasen a/l V.Ramasamy, bapa kepada si mati Suresh a/l Murugasen dan bekerja di IPG Kampus Pulau Pinang.
(b) Victoria a/l Yassar, suri rumah dan isteri kadpa si mati, Rakan a/l Nagaiah.
(c) Ranganathan a/l Ledchumanan, bapa kepada si mati Ramesh a/l Ranganathan dan bekerja sebagai pemandu teksi.
(d) Nadarajah a/l Somasundram, bapa saudara kepada Gopinath a/l Myalvaganam, dan bekerja sebagai pemandu teksi.
Hanya lebih kurang 10 orang berada dalam Balai Polis Jalan Patani semasa membuat laporan.
Maklumat turut diperolehi, wujud perancangan rapi daripada GANG 04 yang dianggotai samseng-samseng India untuk membalas dendam terhadap anggota-anggota polis dan ahli-ahli keluarga mereka. Sasaran mereka adalah pegawai dan anggota polis yang bersendirian dan terpencil.
Diharapkan pegawai dan anggota polis berhati-hati serta mengambil langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat serta sentiasa berwaspada. Geng yang sangat terpengaruh dengan filem Tamil ini, pastinya akan menggunakan kaedah yang sama seperti yang terdapat dalam filem-filem berkenaan untuk membalas dendam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan